Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Letupan Kuat Gegar Bangunan...

MESIR - Pihak keselamatan Mesir berkata, satu letupan bom kuat berlaku di sebuah...

Harga Petrol RON97 RM4.83,...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik lagi sebanyak 11 sen kepada paras RM4.83...

DBKL Siasat Kemungkinan Projek...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kertas siasatan terhadap...

Aktiviti Kuari Punca Sisa...

SHAH ALAM: Sisa minyak yang dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA)...

Kejayaan Pertama Pemindahan Zakar Di Afrika Selatan!

Satu pembedahan atau pemindahan zakar  telah dilaporkan berjaya  dilaksanakan ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun di Afrika Selatan.

Pemindahan zakar itu telah dilakukan oleh sekumpulan ahli pakar bedah dan diketuai Profesor Andre Van Der Merwe, mereka melaksanakan pembedahan itu pada Disember lalu dan mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melakukan pemindahan itu dengan sempurna.

Menurut Merwe, pembedahan yang mereka lakukan itu merupakan satu kejayaan besar kerana mereka berjaya membuktikan kemampuan mereka memberikan organ yang sama baik seperti yang dimiliki oleh pesakit sebelum ini.

Professor Andre Van Der Merwe
Profesor Andre Van Der Merwe

Pesakit tersebut telah kehilangan zakarnya tiga tahun lalu akibat satu ritual berkhatan secara tradisional yang dilakukan di Afrika Selatan.

‘Ianya keperluan besar bagi negara tersebut menjalankan prosedur sedemikian sama seperti beberapa negara lain dan akibat daripada keperluan itu, ramai lelaki kehilangan zakar mereka setiap tahun akibat komplikasi selepas menjalani upacara khatan secara tradisional itu,’ kata Merwe.


Berdasarkan reaksi pesakitnya, dia amat gembira dengan zakar barunya itu dan menerima segalanya dengan hati terbuka.

‘Secara kosmetiknya kami mempunyai padanan warna yang sesuai dengan pesakit, ternyata kami berikan zakar yang normal dan baik kepada pesakit dan matlamat kami menganggarkan ianya akan berfungsi penuh dalam masa dua tahun namun terkejut dengan tindak balas yang pantas seperti itu,’ tambah Merwe. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=ePVtDUjJ_S8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori