Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Gempa Bumi Kuat...

KUALA LUMPUR - Dua gempa bumi kuat berukuran 6.8 dan 6.7 pada Skala...

1,228 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini melonjak dan mencatatkan...

3,000 Sukarelawan Terlibat Kajian...

KUALA LUMPUR - Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 akan bermula pada 21 Januari...

Malaysia Ke-5 Terbaik Dunia...

NAMA Malaysia bergema apabila diumum kelima tempat terbaik di dunia untuk bersara, menurut...

Kejam.. Dibunuh Hingga Isi Perut Terburai Guna Pisau Madura

Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui dalam keadaan amat mengerikan dengan keadaan isi perutnya terburai di Angsana Ipoh Mall, semalam.

Insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang ini sekaligus menggemparkan pengunjung di pusat beli-belah tersebut.

Mangsa yang ditikam dengan senjata tajam, dipercayai pisau madura meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mangsa yang dikenali sebagai Al Amin, 30, dikatakan bersama teman wanitanya ke premis tersebut untuk berkaraoke.

Bagaimanapun, selepas berkaraoke mangsa didatangi sekumpulan 10 hingga 15 warga Indonesia sebelum tiba-tiba berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dipercayai dibelasah sebelum ditikam di perut dengan senjata tajam.


“Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan. Namun sebaik sampai hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

10805598_752835991432286_3106542519133265913_n

Susulan kes ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif sebenar pembunuhan tersebut.

Pada masa sama, pihak polis giat menjalankan siasatan untuk mengenalpasti suspek dan meminta bantuan orang ramai jika ada melihat kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori