Kegilaan Apakah Ini.. Pakai Tudung Tapi Tak Pakai Seluar!

Seorang perempuan baru-baru ini dirakam berjalan-jalan di Kuala Lumpur dengan memakai tudung dan berbaju labuh tapi tidak memakai seluar.

Bagi kami ada beberapa teori yang boleh menerangkan senario ini, antaranya perempuan tersebut mungkin pelancong asing yang menyangka tudung adalah fesyen seumpama topi di negara ini. Jadi dia turut mengenakannya tanpa berasa janggal.

(Hakikatnya satu dunia tahu kot, hijab atau tudung biasa dikenakan wanita beragama Islam).

10557193_687535057983034_8561413855974866754_n

Teori lain adalah perempuan ini memang ada masalah lupa yang kronik sampai tak ingat mahu memakai seluar ketika keluar rumah dan satu lagi kemungkinan, dia kurang siuman.

Apa pun alasannya, semoga selepas ini perempuan terbabit diberikan kesedaran bahawa tudung digunakan bagi menutup aurat oleh wanita Islam. Jadi mengenakannya di kepala tapi membiarkan bahagian bawah dalam keadaan telanjang adalah sesuatu yang amat tidak kena. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

Loading...