Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ketam Gergasi Tarik Perhatian...

TANJUNG PIANDANG (Perak) - Seorang nelayan tempatan terkejut setelah menemui seekor ketam...

Acong Bikin Showcase Bersama...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelawak Acong menyifatkan penyingkirannya menerusi kumpulan Nice menerusi...

Sah Nikah Sabtu Ini,...

SEBELUM ini, kecoh apabila keakraban Fahrin Ahmad bersama aktres, Izreen Azminda menimbulkan persoalan...

M. Daud Kilau Rindukan...

KUALA LUMPUR - Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau mengukir senyuman terharu...

Kecoh Jurufoto NSTP Dipukul Ahli Keluarga Mangsa MH17

KEKECOHAN  berlaku ketika media membuat liputan pengebumian jenazah mangsa tragedi MH 17 apabila jurufoto News Straits Times Press Berhad (NSTP), Aizuddin Saad cedera dipukul pagi tadi.

Kejadian yang berlaku di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi, Kuala Lumpr itu dikatakan berpunca dari ahli keluarga mangsa yang tidak membenarkan sebarang rakaman tentang pengebumian itu di buat.

Melalui visual yang dikirimkan ke MYNEWSHUB berdurasi 32 saat, Aizuddin dilihat sedang membetulkan lensa kameranya yang rosak sambil dilihat oleh rakan-rakan media yang lain. Tanpa disedari, datang seorang lelaki menumbuk Aizuddin menyebabkan beliau cedera dan hidungnya berdarah.

Dipercayai ini adalah kali kedua Aizuddin dikasari oleh ahli keluarga mangsa itu. Selain itu, kedengaran juga suara seorang lelaki yang menghalau pihak media dengan menjerit “Get Out!.. Get Out!”. Sampai macam itu sekali pihak media diperlakukan!

Bagi MYNEWSHUB, pihak keluarga boleh memohon untuk tidak membenarkan sebarang liputan diadakan seperti permintaan dua keluarga mangsa sebelum ini. Bukan melalui tindakan emosi sehingga mencederakan orang lain.


Sangat memalukan apabila melakukan perkara sedemikian kepada pihak media. Sebelum ini, dari manakah sumber segala berita tentang tragedi MH17 diketahui? Bukankah datangnya dari pihak media juga. Waima ada kesilapan dari pihak media sekalipun, alangkah moleknya jika ditegur elok-elok. Boleh juga selesai masalah. Tak gitu? – MYNEWSHUB

http://www.youtube.com/watch?v=-6vEmkX1sq8

Oleh: SYA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori