Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Liu Ying-Yew Sin Masih...

AKSI pertama beregu campuran profesional negara, Ong Yew Sin-Goh Liu Ying pada kejohanan...

Air Sungai Kelantan Mula...

TUMPAT : Limpahan air dari Sungai Kelantan sejak malam tadi yang mencecah paras...

Ibu Bapa Risau, Anak...

Gaya seksi dan daring sememangnya sinonim dengan Kim Kardashian.Sering kali tampil seksi tanpa...

Kisah Adam Corrie Solat...

KUALA LUMPUR - Ceritanya mungkin nampak agak pelik, namun itulah yang pernah berlaku...

Kecoh 4 Penumpang Qantas Hanya Diberi Makan Daun?

BRISBANE – Syarikat penerbangan kebangsaan Australia, Qantas berjaya menerbangkan empat ‘penumpang’ bertaraf VIP dari ibu kota negeri Queensland, Brisbane, ke Singapura.

Empat ekor koala tersebut ditempatkan secara eksklusif di ‘kelas koala’ sambil menikmati layanan istimewa berupa minuman yang enak serta daun-daun segar jenis ‘eucalyptus’.

Keempat-empat ekor koala iaitu Paddle, Pellita, Chan dan Idalia akan dipinjamkan buat sementara kepada Taman Haiwan Singapura dalam tempoh selama enam bulan sahaja.

 

Baca: Hampir 700 Koala Dibunuh Di Australia Sebab Banyak Sangat

Kerajaan Australia bermurah hati memberi koala terbabit kepada pemerintah Singapura sebagai penghormatan sempena jubli emas 50 tahun kemerdekaan pada 9 Ogos ini.

Walaupun empat haiwan itu tiba pada Isnin, penyerahan rasmi akan berlangsung hanya pada 20 Mei, iaitu selepas koala tersebut berjaya menjalani prosedur kuarantin.

Ia proses standard biasa yang diwajibkan ke atas haiwan luar negara dan setelah ruang khas diperuntukkan untuk haiwan itu siap diubah suai di dalam Zoo Singapura.

 

(Gambar-gambar previu eksklusif Qantas menerusi laman rasmi Facebook) 


Namun, jangan panik, ini hanya untuk sesi rakaman fotografi gimik sahaja kerana selepas itu, koala terbabit kemudian diletakkan dalam ruang kargo pesawat Qantas.

Stesen penyiaran pemerintah Singapura, Channel NewsAsia difahamkan bahawa koala itu diterbangkan di dalam kapsul khas yang dilengkapi dengan sistem kawalan suhu.

Qantas juga siap menyediakan sebatang pokok ‘eucalyptus’ dengan daun-daun yang berkualiti tinggi, khusus untuk penumpang istimewa dalam penerbangan berkenaan.

Koala terbabit dipelihara di Lone Pine Sanctuary di Brisbane dan kerajaan Australia juga akan menghantar bekalan daun ‘eucalyptus‘ segar sebanyak dua kali setiap minggu.

Mamalia ikon Australia itu ditemui di benua tersebut sejak akhir kurun ke-18 dan kini dianggarkan hanya terdapat kira-kira 100,000 ekor koala hidup liar di seluruh negara.

Penerbangan kelas pertama itu mengambil masa kira-kira tujuh jam dan untuk penumpang sebenar, kadar tiket sehala dikenakan A$4,138 (RM11,614 ). – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori