Katanya, Ini Cerita Warden Penjara Yang Pernah Jaga Anwar

BETUL ke? Ketika dipenjarakan atas kesalahan rasuah dulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan layanan sedikit berbeza daripada banduan lain dan ditempatkan dalam sel secara berseorangan.

Begitulah cerita yang dibaca daripada petikan skrin aplikasi bual yang tersebar hari ini apabila seorang didakwa bekas warden penjara mendedahkan kisah bagaimana dia menjaga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Di laman blog Sebastian Phiu, warden berkenaan dikatakan menjaga Anwar dari tahun 1999 hingga 2004 selama lima tahun.

BACA JUGA – GAMBAR : Anwar Ibrahim Tiba Di Penjara Sungai Buloh

“Tengkok tak sakit, buat akal sakit, pinggang tak sakit buat akal sakit,” katanya dalam perbualan itu.

110215Warden_1 110215Warden_2 110215Warden_3 110215Warden_4

Antara perkara menarik perhatian ialah apabila, warden itu mendakwa makanan untuk Anwar akan dimasak oleh kakitangan penjara dan ia perlu dirasa terlebih dahulu oleh pegawai atasan.

“Macam mana boleh cerita dia kena racun arsenik.

“Sepatutnya pegawai atasan sudah kena racun dulu, sebab dicuba depan dia setiap hari,” katanya.

Kalau yang itu, mungkin ia mengelakkan cubaan Anwar diracun ketika di dalam penjara itupun sebelum itu ada juga Anwar mendakwa kononnya diracun arsenik.

Tidak diketahui kesahihan petikan skrin berkenaan yang tersebar tetapi ia kini sudah menjadi viral di laman media sosial.

Semalam Anwar sudah pun memulakan hukuman penjara lima tahunnya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang ditetapkan Mahkamah Rayuan pada Mac 2014 lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Konvoi Membawa Anwar Ke Penjara Sungai Buloh