Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Harian Meningkat, Rt...

KUALA LUMPUR : Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 terus melonjak pada...

Gambar Peminjam Wang Disebarkan...

BERIBU-RIBU gambar bogel yang melibatkan pelajar wanita di universiti di China, yang dijadikan sebagai...

Dakwaan Koronavirus Dibuat Dalam...

KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah netizen bahawa 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) dihasilkan dalam...

MBH Medispa Tawar Diskaun...

DALAM menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, MBH Medispa atau Maya Beauty House...

Kanak-Kanak Lumpuh Otak Perlu Bantuan Jalani Pembedahan

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mengalami kelumpuhan otak atau Cerebral Palsy memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai kos pembedahan sebanyak RM80,000 di sebuah hospital di India.

Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN), Ravi Abdullah berkata Lai Chen Hao yang tinggal bersama datuknya Lai Hou Sam, 77, di Taman Saikat di sini, menghidap penyakit itu selepas mengalami demam panas ketika berusia setahun.

“Ibu bapa kanak-kanak itu tinggal berasingan. Bapanya bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur, manakala ibunya warga China tinggal di tempat lain di bandar raya ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ravi berkata kanak-kanak itu yang tidak boleh bergerak dan bercakap, dijaga oleh seorang pengasuh ketika datuknya keluar bekerja.


“Hou Sam menghantar cucunya itu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk mendapatkan rawatan susulan dan menjalani rawatan fisioterapi di sebuah yayasan di Bercham,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan di Hospital Recoup NeuroMusculoskeletal Rehabilitation Centre di Bangalore, India kerana kosnya murah.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Bank CIMB bernombor 8004882657 atas nama Lai Chen Hao. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori