Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lim Guan Eng Menang...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Penasihat Penang Citizens Awareness...

Insiatif KSM Bantu Kurangkan...

PUTRAJAYA : Pelbagai inisiatif digerakkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berjaya menyumbang kepada pengurangan...

SPR P.Pinang Minta Penyokong...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang meminta penyokong calon-calon yang...

Bukti Versatiliti, Hafiz Ingin...

HARUS diakui, populariti penyanyi, Hafiz Suip sudah tidak seperti dahulu, malah Hafiz juga...

Menjawab Persoalan Blogger Nikah Kahwin

SENSASI pertikaman ‘lidah’ antara penulis blog tempatan, Datuk A Kadir Jasin dengan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mencetuskan minat pengguna media sosial terhadap dua personaliti itu.

Terbaharu, menerusi laman blog The Scribe, bekas ketua editor kumpulan media NSTP itu membidas Rizal yang melabel dirinya sebagai tidak tahu adat budaya masyarakat Melayu dalam urusan perbelanjaan perkahwinan.

Mungkin ‘terasa’ dengan jawapan balas pegawai terbabit menerusi laman sosial, A Kadir, 68 tahun; menyindir Rizal, 41 tahun; dalam tulisan terbaharu pada 6 Mei yang bertajuk Pejabat PM Kata Saya Tak Tahu Adat.

Isu asalnya hanyalah berkisar melibatkan majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nordayana Najwa dengan pengantin lelaki, Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan baru-baru ini.

A Kadir jelas cuba mencipta banyak spekulasi apabila mempersoalkan beberapa perkara sehingga ada antaranya terlalu bersifat personal dan kurang sesuai diperdebatkan menerusi alam siber dalam laman blog miliknya itu.

Kesal dengan dakwaan artikel berkenaan yang dianggap terlalu berbaur peribadi, Rizal menegur A Kadir sebagai keterlaluan serta menggelarkan penulis blog tersebut hanya layak disebut sebagai ‘Blogger Nikah Kahwin‘.

Dalam e-mel kepada MYNEWSHUB, beliau turut menjawab beberapa pertanyaan A Kadir antaranya berhubung isu berapakah kos hantaran yang pada dirinya disifatkan adalah urusan peribadi keluarga Perdana Menteri.


Justeru, meskipun dia bertugas secara langsung dengan pemimpin negara tersebut, hakikatnya ujar Rizal, dia sendiri tidak tahu dan mengambil pendirian tidak mahu tahu kerana itu adalah nyata urusan peribadi.

“Saya sendiri tidak tahu dan tidak mahu tahu. Itu urusan peribadi. Ada perkara yang boleh diceritakan dan ada perkara yang tidak perlu dikongsikan,” katanya dalam kenyataan berkenaan bagi menjawab tuduhan A Kadir.

Dia kemudian memberi contoh umum, kita memang perlu tahu bahawa seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita agar tidak timbul fitnah terhadap pasangan tersebut sebagai bersekedudukan.

“Begitu juga kita tidak mahu tahu sekiranya seseorang itu kahwin lebih. Itu urusan peribadi mereka,” tambah Rizal yang menempelak A Kadir sekali gus menyarankan penulis tersebut agar lebih berhati-hati apabila menulis.

Walau apa pun, MYNEWSHUB berharap isu ini dapat diselesaikan secara harmoni dan gelaran Blogger Nikah Kahwin terhadap A Kadir itu mungkin sekadar gurauan Rizal secara nada sindiran penghormatan. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori