Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bukan Samseng –...

KUALA LUMPUR - "Kerajaan bukan samseng. Kami tidak sewenang-wenangnya menahan sesiapa tanpa bukti...

Kerajaan Luluskan 82,012 Unit...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan kira-kira 82,012 unit rumah di bawah Projek...

Wan Rosdy, Khaled Nordin,...

KUALA LUMPUR: Setakat pukul 7.30 malam tadi, undian calon Naib Presiden UMNO masih...

Dr Noor Hisham Jalani...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan...

Kadar Penarafan Kredit Malaysia Kembali Stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan mengalu-alukan pengumuman agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings yang melaksanakan pengesahan semula resit depositori antarabangsa (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar menyambut baik laporan agensi tersebut yang meletakkan IDR negara pada taraf A- dalam unjuran itu.

Fitch malah membuat semakan semula pandangan hadapan ekonomi Malaysia daripada negatif kepada stabil dalam laporan mereka ‘Reaffirmation of Malaysia’s A- Rating and Revision of Outlook Upward to Stable’.

Pengesahan berkenaan menggambarkan satu pandangan seimbang dan adil terhadap komitmen kerajaan untuk memperkasakan dasar ekonomi makro serta pembaharuan fiskal secara signifikan.

Penarafan oleh Fitch membuktikan usaha pembaharuan struktur yang dilakukan kerajaan termasuk rasionalisasi subsidi dan kepelbagaian sumber pendapatan terutama pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

“Kerajaan tetap tegas dalam mengukuhkan kedudukan kewangan awam dan akan kekal di atas landasan penyatuan fiskal ke arah mencapai bajet berimbang menjelang tahun 2020,” jelas Mohd. Irwan.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah memberi manfaat kepada rakyat bahkan pelbagai inisiatif akan diteruskan melalui Rancangan Malaysia ke-11 untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, ekonomi inklusif dan mampan.


Walaupun Fitch turut menyuarakan kebimbangan mengenai isu 1MDB, penjelasan mengenai pelan rasionalisasi dan pilihan termasuk pencairan aset, jelas menunjukkan bahawa 1MDB tidak akan menimbulkan risiko sistemik kepada sektor kewangan.

Mohd. Irwan menambah, biar apa pun cabaran dalam persekitaran luaran, ekonomi Malaysia sebenarnya kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan turut dipacu oleh sektor swasta.

Keyakinan pelabur luar dan domestik malah kekal kukuh seperti yang dapat dilihat dalam lebihan langganan terbitan sukuk terbaharu Malaysia bernilai AS$1.5 bilion (RM5.6 bilion) pada April 2015.

“Pada pandangan kami, penilaian terkini penarafan kredit itu adalah satu pengiktirafan kepada usaha berterusan kerajaan melakukan pembaharuan struktur untuk membina ekonomi mampan, inklusif dan berdaya saing.

“Laporan Fitch itu juga mencerminkan asas-asas ekonomi Malaysia yang masih lagi kukuh dan kedudukan kewangan yang kuat di negara ini,” jelas beliau. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori