Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hanis Zalikha Tak Mahu...

SEPERTI yang semua tahu, kisah hubungan cinta di antara pelakon Hairul Azreen dan...

Kes Culik: 7 Termasuk...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan tujuh...

Persediaan Dibuat Hadapi Musim...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersiap sedia memastikan bekalan...

1,700 Penduduk Palestin Bakal...

GENEVA - Dianggarkan kira-kira 1,700 penduduk Palestin yang cedera akibat terkena tembakan pasukan...

Juruteknik ATM Maybank Curi RM80 Ribu, Didenda RM20 Ribu?

PERIBAHASA ada menyatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Seorang bekas juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank, akhirnya mengaku bersalah mencuri wang berjumlah  RM80,850 dari sebuah mesin ATM.

Tertuduh, Hamdan Abu Hussin, 27, dijatuhkan hukuman didenda sebanyak  RM20,000 dan dipenjarakan seminggu oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Keputusan perbicaraan tersebut dibacakan oleh Hakim Nor Sharidah Awang, hari ini.

Menurut Nor Shahridah, keputusan mahkamah ini mengambil kira kepentingan awam walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau.

Bagaimanapun, tertuduh boleh dihukum penjara selama enam bulan lagi jika gagal membayar denda yang dikenakan pihak mahkamah.


Hamdan dikatakan melakukan kesalahan tersebut pukul 3.20 petang di ruang legar Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Presint 2, Putrajaya pada  7 Mac lalu.

Bercerita lanjut mengenai kes kecurian ini, pihak Safeguards menerima maklumat mengenai kehilangan wang anggaran RM80,000 di mesin ATM Maybank berkenaan pada 9 Mac lalu.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO ROMPAKAN ATM 

https://www.youtube.com/watch?v=omprQUjJ7Nk
Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori