Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Terjah PC Dzulkefly,...

GEORGE TOWN - Seorang wanita yang mendakwa radiasi daripada sebuah menara telekomunikasi berhampiran...

Najib Sindir Kerajaan Mahu...

KUALA LUMPUR – Siapa yang pernah dihasut dan ditipu Pakatan Harapan (PH) dengan...

Nazri Cabar Tun M,...

PADANG RENGAS - Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

Kerajaan Akan Laksana Pembaharuan...

Kerajaan akan melaksanakan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara sebagai langkah awal...

Jururawat Koma Dirogol 42 Tahun Lalu Meninggal Dunia

NEW DELHI — Seorang jururawat yang koma selama 42 tahun setelah diperkosa dengan ganas oleh seorang pekerja lelaki sebuah hospital terkenal di India akhirnya meninggal dunia pada awal Isnin.

Aruna Shanbaug mengalami insiden serangan seksual secara ‘brutal’ ketika dia sedang bekerja berseorangan di Hospital King Edward Memorial di Bombay (kini Mumbai) pada 1973, lapor media tempatan.

Waktu kejadian, mangsa yang baharu berusia 24 tahun sedang menggantikan pakaian ketika Sohanlal Bharta Walmiki, seorang petugas am hospital, tiba-tiba datang menyerang dan merogol jururawat tersebut.

Penyerang sadis itu menggunakan rantai anjing untuk mencekik leher Aruna sehingga memutuskan aliran darah ke kepala mangsa, sekali gus merosakan otak dan mengakibatkan mangsa terus koma.

Sohanlal yang berjaya ditangkap polis, hanya dihukum penjara selama tujuh tahun atas kesalahan rogol dan rompak, manakala Aruna menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan lumpuh dan koma di hospital.

Mangsa bagaimanapun tetap lagi hidup kerana diberi makanan melalui saluran hidungnya, tetapi tahap kesihatannya mulai menurun sejak minggu lalu setelah dia disahkan menderita penyakit pneumonia.


“Aruna meninggal dunia dalam usia 68 tahun pada 18 Mei pukul 8.30 pagi. Dia sempat masuk ke unit rawatan intensif dan mendapatkan bantuan menerusi saluran pernafasan,” ujar jurucakap hospital tempatan.

Kes Aruna kemudian menjadi salah satu dasar kempen beberapa badan hak asasi manusia di India untuk melegalkan kematian secara euthanasia khasnya terhadap pesakit yang memang tiada harapan pulih.

Salah seorang rakan Aruna, Pinki Virani yang juga wartawan sering menulis soal penderitaan wanita itu, namun memberitahu stesen antarabangsa BBC, sahabatnya kini telah pun ‘bebas’. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori