Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Lagi Gambar Pelanggan Bawa...

BARU sahaja gambar dua orang pelanggan membawa anjing di dalam troli di sebuah...

Najib Tiba Di Manila...

MANILA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada...

Kerajaan Pusat Jamin Penurunan...

BINTULU - Kerajaan persekutuan memberi jaminan akan menyerahkan penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan...

Penjara 18 Tahun, Cederakan...

KLANG – Gara-gara sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas rakan sekerja dengan menggunakan...

JPJ Jangka No Plat F1 Dibida Melebihi Harga RM1 Juta

SUNGAI BESAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya, ‘F1’ mampu dijual hingga melebihi RM1 juta.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata jumlah yang akan dibida bagi nombor pendaftaran baharu itu tidak ditetapkan dan adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat memilikinya.

Beliau berkata, tarikh tutup bagi membida nombor pendaftaran dengan abjad ‘F’ adalah pada Selasa ini manakala bagi abjad ‘V’ pula, bermula 15 Julai hingga penghujung bulan itu.

“Nombor pendaftaran yang paling mahal setakat ini dibeli pihak tertentu adalah W1N pada harga RM746,000 dan bagi nombor plat ‘F1’ pula dijangka lebih RM1 juta,” katanya pada Program 1 Komuniti 1 JPJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Makmur, di sini, pada Sabtu.

Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti individu yang membuat permohonan membida nombor pendaftaran ‘F1’ itu berikutan tempoh pembukaan tender masih berbaki tiga hari lagi.


Pada 19 Mei lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan kenderaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran baharu masing-masing bermula dengan abjad ‘F’ dan ‘V’.

Katanya, nombor pendaftaran berkenaan akan diikuti dengan nombor 1 hingga 9999. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori