Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cicit Onn Jaafar Antara...

CICIT kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz...

10 Rumah Musnah, Angin...

BALIK PULAU - Sepuluh rumah di Kampung Perlis, Pulau Betong musnah selepas dilanda...

Mahkamah Tolak Rayuan Ketepi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang bapa...

PPM Sandakan Rampas 1,890...

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas 1,890 bungkus rokok seludup pelbagai...

Jokowi Ajak Beli Telefon Buatan Indonesia Cuma RM428

JAKARTA — Presiden Indonesia, Joko Widodo mencipta kejutan apabila tiba-tiba sahaja secara spontan mengeluarkan sebuah telefon pintar berwarna hitam jenama tempatan ketika ditemui wartawan, lapor akhbar pada Selasa.

Kejadian dramatik tersebut berlaku semasa pemimpin dikenali sebagai Jokowi itu baharu selesai meninjau keseluruhan tapak pameran teknologi dan inovasi tempatan di Puspitek Serpong, Tangerang Selatan, dekat sini pada Isnin.

“Yang penting ini nih. Saya ketemu HP produk dalam negeri, dari Batam,” ujar Jokowi sambil teruja menunjukkan telefon terbaharu milik beliau itu sendiri dengan jenama Bolt di hadapan ramai pemberita Indonesia yang turut berasa terkejut.

Bekas gabenor Jakarta itu pun kemudian segera menyentuh skrin pada telefon pintar tersebut atau dalam bahasa Indonesia disebut sebagai ponsel sehingga akhirnya menunjukkan paparan skrin permukaan awal pada halaman utama.

“Ini harganya murah 1.5 juta rupiah (RM428). Ia merek (jenama) Bolt. Ayuh cepet (segera) kamu beli di sana,” seloroh Jokowi bersahaja seumpama lagak aksi promosi seorang penjual berpengalaman di kedai peralatan telekomuniksi.


Melihat gaya Jokowi yang sengaja mengiklankan jenama tertentu itu, bekas presiden Indonesia, Baharuddin Jusuf Habibie, tidak dapat menahan ketawa turut menyampuk beliau dengan berkata: “Ada garansi (jaminan) loh, tiga tahun lagi,”

Kelakuan lucu dua tetamu kenamaan hebat pada pameran tersebut menyebabkan ramai wartawan juga ketawa, sekali gus mengakibatkan Jokowi tersenyum biarpun beliau pun tidak begitu mahir lagi menggunakan telefon berkenaan.

“Jangan ragui ponsel keluaran nasional, asal kamu beli Bolt aja, udah,” ucap Jokowi yang kelihatan terpinga-pinga apabila diminta seorang wartawan untuk menceritakan ciri-ciri istimewa telefon tersebut berbanding jenama dari luar negara.

Pemimpin itu malah berharap akan ada lagi banyak produk elektronik lain buatan anak negeri yang dikilangkan oleh pengusaha Indonesia sendiri dan pemerintah bersedia memberi insentif geran penyelidikan tambahan. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori