Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari Kebangsaan: 498...

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)...

‘Gol Hantu’ Messi Kekalkan...

  JORDY Alba menjaringkan gol penyamaan yang cemerlang menentang Valencia sekaligus menyelamatkan keputusan seri...

Video: Cabut Lari Lepas...

GEORGE TOWN - Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang wanita...

“Tak Tahu Kenapa Kena...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh...

JKMorning, Khidmat Dikejutkan Dari Tidur Oleh Gadis Remaja

JEPUN merupakan negara kepada asal-usul ciptaan Walkman, kayu selfie dan penggunaan robot secara besar-besaran di dalam kilang.

Negara matahari terbit memang tidak asing lagi, merupakan pelopor pelbagai inovasi yang kemudian menjadi ikutan dunia.

Maka tidaklah mengejutkan pada dekad 80-an dahulu, mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir pernah mengamalkan dasar pandang ke Timur bagi mendapatkan inspirasi bagaimana memajukan negara.

Begitu pun, tidak semua inovasi di Jepun dicipta untuk kebaikan orang ramai, contoh terbaik dan terpelik ialah mesin slot layan diri yang menjual seluar dalam terpakai.

Kini, sebuah lagi inovasi aneh dicipta oleh mereka iaitu JKMorning.

Ianya merupakan sebuah perkhidmatan panggilan bangun pagi daripada pelajar perempuan sekolah menengah khas untuk kaum lelaki.

japan-flip-phones

Setiap pagi, pelanggan akan menerima panggilan bangun pagi sama seperti perkhidmatan yang biasanya ditawarkan di hotel.


JKMorning mendapat nama daripada perkataan joshi kosei yang bermaksud gadis sekolah menengah.

Pihak JKMorning mendakwa, kesemua panggilan yang diterima adalah daripada pelajar sekolah menengah sebenar.

Jadi sekiranya anda sukar bangun pagi dan hanya panggilan daripada pelajar sekolah rasa-rasanya dapat membangunkan anda dari buaian mimpi, perkhidmatan JKMorning di Jepun ini sesuai untuk anda.

Tidak perlu lagi memulakan hari anda dengan bunyi bising jam loceng, sebaliknya ia akan digantikan dengan “selamat pagi senpai!”.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: JKMORNING

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori