Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lima Penyokong Bola Sepak...

SHAH ALAM - Lima daripada 15 penyokong bola sepak yang dicari berhubung insiden...

Respon ‘Negatif’ Azmi Bikin...

HASRAT penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri...

Tanpa Enakmen LPHJ Tidak...

JOHOR BAHARU - Ketiadaan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) tidak akan...

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini susulan permintaan yang kecil...

Jejaka Perancis Jadi Dewa Cina Di Singapura

SINGAPURA – Jangan terperanjat jika anda secara tiba-tiba disapa oleh seorang jejaka warga Perancis berupa seumpama Dewa Kekayaan Cina, di Scotts Road dekat Orchard Road yang cukup terkenal di Singapura.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, ‘Dewa Kekayaan’ berbangsa ‘Mat Saleh’ menyambut para pengunjung hotel Royal Plaza on Scotts; dahulunya dikenali sebagai Holiday Inn Hotel Singapore yang dibuka sejak 1974.

‘Dewa’ tersebut akan menyambut semua tetamu, kakitangan hotel dan setiap pemandu teksi yang menghantar atau menjemput pelanggan mereka di pintu masuk hotel berkenaan, bahkan turut mengagihkan buah oren mandarin.

Malah kakitangan hotel tersebut pula berpeluang menerima ang pau atau duit raya daripada ‘Dewa Kekayaan’ itu sendiri. Royal Plaza on Scotts yang setinggi 15 tingkat itu mempunyai 511 buah bilik meliputi pelbagai jenis.

‘Dewa Kekayaan’ yang menyambut tetamu itu sebenarnya Patrick Fiat, Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Pengalaman hotel tersebut yang berpakaian sebagai ‘dewa’ Cina berkenaan, menurut stesen Channel NewsAsia.


Menurut kenyataan hotel itu, Fiat akan menyambut para tetamu di pintu masuk hotel dari 6.30 pagi hingga 8.30 pagi, dan dari 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang; sehingga Khamis ini bersempena dengan Tahun Baharu Cina.

Fiat, yang sudah 18 tahun memimpin hotel bertaraf lima bintang di bawah Sajahtera Investment (Singapore) Pte. Ltd. tersebut, berkata beliau berasa seronok turut sama meraikan perayaan Tahun Monyet sejak Isnin lalu.

“Menyambut ceria para tetamu dan kakitangan sambil berpakaian sebagai Dewa Kekayaan menurut kepercayaan masyarakat Cina selalu menggembirakan mereka. Kami amat menyokong semangat masyarakat berbilang bangsa.

“Malah kami turut menggalakkan para tetamu dan kakitangan hotel turut sama meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina,” ujar Fiat yang dipetik agensi berita MediaCorp. Singapore. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Pelancong Singapura Paling Suka Curi Barang Hotel?

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori