Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kekal GST 6%: Orang...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan mengekalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada enam...

Sukar Atur Perlawanan Persahabatan...

PETALING JAYA — Kesukaran mengatur perlawanan persahabatan di negara Arab merupakan sebab utama...

Premis Judi Diserbu, 16...

PETALING JAYA - Polis menahan seramai 16 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti...

Kedah Kerjasama Dengan PDRM...

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan Polis DiRaja...

Jabatan Kimia Malaysia Sahkan Mayat Ika & Rangka Juvina

KOTA BHARU – Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan identiti dua lagi mayat kanak-kanak yang hilang di Gua Musang pada 23 Ogos lepas, adalah Ika Ayel, 9; dan Juvina David, 7.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mayat kedua-dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi itu disahkan identiti mereka melalui ujian DNA yang dilakukan ahli kimia jabatan berkenaan, Nor Aidora Saedon.

“Spesimen yang diambil daripada satu mayat adalah Ika iaitu anak kandung kepada pasangan Nora Tegau dan Ayel Ajeb.

“Sementara, spesimen diambil daripada rangka adalah Juvina, anak kandung kepada pasangan Shela Omar dan David Kuasan,” katanya pada sidang media mengenai keputusan ujian DNA OPS Tohoi 07, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Jumaat.

Mazlan berkata keputusan ujian DNA itu akan dimaklumkan segera kepada keluarga kanak-kanak terbabit, bagi membolehkan proses pengebumian dapat dilaksanakan.

Beliau berkata keputusan ujian DNA bagi satu lagi mayat dan satu rangka masih belum diperoleh daripada Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, dan dijangka diketahui minggu depan.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli SK Pos Tohoi dilapor melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.


Mereka ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; – berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

Setelah 50 hari hilang, Miksudiar dan Norieen ditemui selamat manakala pihak berkuasa turut menemui dua mayat dan dua rangka kanak-kanak pada awal bulan ini.

Seorang lagi mangsa daripada kumpulan kanak-kanak itu masih hilang dan misi pencarian masih diteruskan.

Mazlan berkata pasukan mencari kini memberi tumpuan untuk mencari seorang lagi kanak-kanak berkenaan dengan memperluaskan kawasan pencarian dari Sungai Perias di Pos Tohoi hingga ke Sungai Nenggiri juga di Gua Musang.

Katanya polis juga akan cuba mendapatkan rakaman percakapan berhubung kejadian itu, daripada Miksudiar dan Norieen, yang kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori