Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kajian Rawatan COVID-19 Guna...

NEW YORK - Kajian rawatan pesakit COVID-19 menggunakan Remdesivir telah gagal dalam ujian...

Video: Kejamnya…. Ibu Seret...

MEDIA sosial Indonesia sejak minggu lalu dikejutkan dengan satu rakaman tular menunjukkan seorang...

Android ‘iPhone 6s’ Berharga...

BEIJING - Kedai elektronik di Shenzhen dikesan menjual telefon pintar yang tidak ubah...

PAS Pertimbang DUN Untuk...

KOTA BHARU - Pas mungkin mempertimbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sesuai untuk...

Isu Pas Masuk: Penumpang Pertikai Tahap Keselamatan MAS

SEORANG penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini menarik perhatian ramai di laman Facebook apabila mempertikaikan tahap keselamatan syarikat penerbangan kebangsaan yang didakwa tidak cekap.

Chin Xin Ci
Chin Xin Ci

Semuanya bermula apabila penumpang yang dikenali sebagai Chin Xin Ci berhadapan dengan situasi di mana tempat duduknya di dalam pesawat MH1433 dari Langkawi ke Kuala Lumpur baru-baru ini diambil oleh orang lain yang tidak dikenali.

Xin Ci yang hairan dengan kejadian itu, meluahkan rasa kesalnya bagaimana pihak MAS boleh mengeluarkan pas masuk pesawat kepada individu yang menyamar sebagai dirinya.

“Saya lihat ada orang duduk di tempat duduk saya semasa di dalam pesawat. Saya memberitahu yang tempat duduk itu adalah tempat saya tetapi bayangkan betapa terkejutnya saya apabila dia mengeluarkan pas berlepas yang tertulis nama saya dan nombor penerbangan yang sama,” katanya.

MAS

Dedah Xin Ci lagi,  ketika melalui pemeriksaan keselamatan di pintu masuk, tiada sesiapa yang ditugaskan untuk memeriksa kad pengenalan sama ada sepadan dengan nama yang tertera pada pas.


“Ini ialah perkara besar. Bayangkan risiko keselamatan sekiranya orang boleh memasuki pesawat dengan pas pelepasan orang lain.

“Apa jadi sekiranya orang itu adalah penjenayah dan berjaya menggunakan identiti saya untuk menaiki penerbangan itu. Tidakkah kita belajar apa-apa daripada MH370?” katanya yang nyata kecewa.

Difahamkan, selepas insiden itu kakitangan MAS enggan mengusir penumpang terbabit sebaliknya meminta Xin Ci duduk di tempat lain iaitu selang tiga baris di belakang tempat sepatutnya.

Menerusi ruangan komen pada status Xin Ci, pihak pengurusan MAS telah menerima aduannya itu dan berjanji akan menyiasat kejadian berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori