Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syed Mohammad Syafiq Mahu...

KUALA LUMPUR - Pemain hoki kebangsaan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan mahu memastikan...

Dirogol 4 Lelaki Dalam...

TINDAKAN berani seorang remaja perempuan berusia 15 tahun keluar bersama seorang lelaki yang...

KPDNKK Nadi Dakwaan Pasar...

TAWAU - Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tawau Sam Aminuddin...

Anjing Kesayangan Hilang, Jumpa...

TRAUMA.. seorang budak perempuan lima tahun mungkin akan mengenang tragedi ini untuk seumur...

Daesh Dakwa Bertanggungjawab Serang Jakarta

JAKARTA – Kumpulan yang menyokong Daesh atau juga disebut IS mengedarkan dakwaan menyatakan mereka bertanggungjawab melakukan serangan di Jakarta pada Khamis.

Serangan nekad tersebut menyaksikan lima penyerang serta dua orang awam – seorang warga Kanada dan seorang rakyat Indonesia terbunuh – manakala 20 lagi disahkan cedera.

Dakwaan itu disiarkan menerusi Twitter lewat Khamis dan menurut laporan SITE Intelligence Group di Amerika Syarikat, dakwaan ini juga diedarkan melalui Telegram.

Pesanan dalam dakwaan itu menyatakan lima penyerang melakukan serangan serta memasang beberapa bom penetap masa selain penyerang nekad yang memakai tali pinggang bom membawa senjata ringan.

Dakwaan itu tidak dapat disahkan, namun ia menyamai dakwaan oleh sebelum ini yang dihantar oleh pihak Daesh sendiri kepada pihak berkuasa Indonesia.


Bagaimanapun, polis Indonesia mengesahkan empat penyerang, bukannya lima orang yang melakukan serangan itu dan semua mati dengan meletupkan diri sendiri selain tiada bom penetap masa.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York menyatakan seorang rakyat Belanda yang cedera parah dalam serangan itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut PBB, lelaki tersebut sebenarnya adalah anggota pasukan hutan dan ekosistem PBB di Jakarta. – AP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori