Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suntik Vaksin Influenza Setahun...

KUALA LUMPUR - Pengambilan suntikan influenza sekali dalam tempoh setahun boleh mewujudkan ‘imuniti...

AS Turunkan Kadar Faedah...

WASHINGTON - Amerika Syarikat telah mengurangkan kadar faedah kepada hampir sifar dan melancarkan...

AirAsia Malaysia Dapat Sijil...

KUALA LUMPUR - AirAsia Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai pengendali berdaftar dengan pensijilan Audit...

Datuk A. Rahman Hassan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan telah meninggal...

Jerebu: IPU Palangkaraya Cecah 3,000 Rekod Paling Gila!

JAKARTA – Indeks pencemaran udara (IPU) di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah mencecah 3,000 pada Khamis, meningkat mendadak daripada 2,000 pada 16 Oktober lalu, menurut laporan stesen BBC Indonesia.

Selain Palembang ibu wilayah Sumatera Selatan, Palangkaraya dilaporkan antara kawasan yang paling terjejas dengan bencana jerebu tebal akibat krisis kebakaran hutan terburuk di Indonesia dalam tempoh sedekad.

Menurut BBC Indonesia, IPU di atas paras 350 sudah dikategorikan sebagai bahaya. Malah, beberapa foto dirakam jurugambar agensi berita AFP menunjukkan jerebu kekuningan menyelubungi Palangkaraya sepanjang hari.

Dalam pada itu stesen SCTV menyiarkan, sejumlah penduduk, majoritnya kanak-kanak, mati disahkan akibat penyakit masalah pernafasan yang berpunca daripada keadaan jerebu atau asap kabut dalam bahasa Indonesia.

Baca: Setahun Jokowi Jadi Presiden, Jerebu Terburuk Sejarah Dunia

Juga: Jerebu Indonesia Atasi AS, Terburuk Selepas China

thai

palang5.jpg.transformed

Wakil BBC Indonesia di Palangkaraya, Ari Rika dari stesen tempatan Evella FM, berkata: “Ini yang tiap tahun kami alami, dan semakin tahun semakin terseksa. Tiada udara bersih, udara yang kami hirup sudah beracun!”

Ninit, seorang penduduk ibu kota Kalimantan Tengah itu mengirimkan kepada BBC Indonesia sejumlah gambar menunjukkan ramai pelajar terpaksa memakai pelitup hidung walaupun berada di dalam bilik kelas sendiri.

“Sesak sekali, mata pedih. Dalam ruangan ini pun perlu menggunakan topeng,” keluhnya. Palangkaraya terletak kira-kira 1,261 kilometer dari tenggara Kuching, Sarawak dan 1,407 kilometer dari barat daya ibu kota Jakarta.


Keadaan agak memalukan itu secara kebetulan berlaku selang sehari selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo meraikan ulang tahun pertama beliau dilantik mengetuai republik tersebut daripada Susilo Bambang Yudhoyono.

CQwycF3VAAE46de

Malah sebuah akhbar tempatan, Republika pada 18 Oktober lalu menyiarkan di muka depannya suasana jerebu terburuk di Palangkaraya sebagai simbolik pembaca sendiri pun susah membacanya akibat masalah tersebut.

Sementara itu, Singapura yang terletak 2,663 kilometer dari Palangkaraya turut menerima tempias jerebu apabila Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) melaporkan IPU di pulau kecil tersebut telah mencecah 150 pada Jumaat.

Mutu udara untuk tempoh 12 jam akan datang dijangka berada dalam lingkungan rendah sehingga pertengahan paras tidak sihat, menurut stesen radio tempatan 938LIVE yang dipetik oleh agensi berita MediaCorp Singapore.

Bagaimanapun, NEA memberi amaran, IPU kemungkinan besar boleh mencecah lingkungan tinggi dan lebih tidak sihat jika tiupan angin membawa masuk jerebu yang lebih tebal dari Indonesia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori