Ini RARE.. Iklan Cari Calon Bini Kat 7 Eleven!

Kebanyakan kita tentu tahu kedai serbanika 7 Eleven bukan sahaja menjual aneka barangan tetapi juga menyediakan papan buletin untuk iklan.

Biasanya iklan ini digunakan untuk mencari rumah sewa dan kerja kosong.

Mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan papan iklan ini biasanya perlu membayar mengikut berapa lama tempoh iklan mereka mahu diletakkan di situ.

Justeru, kami memang salut kalau pengiklan di atas sanggup mengeluarkan wang demi membuat lawak. Maklumlah, selama ini rasanya tak pernah pula orang tergamak guna papan iklan 7E untuk cari calon isteri.

Dahlah guna cara macam ini, demand pulak tu! Nak isteri yang pandai masak, kemas rumah, jaga kucing, cantik, putih dan sopan.. siap bagi tahu untuk empat slot lagi.

Agak lepas baca iklan ni ada perempuan yang tergamak telefon offer diri tak?

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply