Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PH Kuasai Dewan Negara...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) hanya akan menguasai Dewan Negara pada November...

Kes Liwat: Pendakwa Akan...

PUTRAJAYA - Esok, pihak pendakwaan akan menyanggah hujah pihak pembelaan dalam rayuan Ketua...

Dua Lelaki Miliki Karkas...

SEBERANG PERAI – Dua lelaki yang memiliki karkas babi yang disembelih di rumah...

Tidak Pertahan Jawatan Tiada...

IPOH - Keputusan tidak mempertahankan jawatan naib presiden tiada kena mengena dengan penarikan...

KEJAM!! Ini Kes Penderaan Haiwan Paling Teruk Di Negara Ini

Hampir 100 ekor haiwan berjaya diselamatkan dari sebuah banglo di Subang yang dipercayai menjadi tempat kes penderaan haiwan ‘paling besar dan paling teruk’ di negara ini setakat ini.

Kesemua haiwan itu dikurung di dalam sangkar yang sempit, kawasan sekitar yang busuk dan tidak terurus malahan dipenuhi dengan bahagian terpakai kereta.

Semalam, sepasukan polis bersama ahli-ahli Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia (PHBM) menyerbu ke kawasan itu untuk membanteras kegiatan yang dilakukan iaitu pembiakan haiwan secara haram.

MENARIK – Apek Kat Penang Selamba Jual Anjing Untuk Hidangan

Kira-kira 80 ekor anjing yang ditemui di banglo itu, ada yang dikurung di dalam sangkar dan ada yang dikurung bersama tiga ekor kucing, dua ekor angsa dan beberapa ekor burung, ayam serta ungka.

Memetik laporan Mstar Online, bau najis haiwan ketika serbuan terlampau busuk.

Antara baka anjing yang diselamatkan ialah jenis Shih Tzu, Poodle, Pomeranian, Bull Dog, Pit Bull dan Bull Terrier.

“Ini adalah kes yang paling besar dan paling teruk yang pernah saya uruskan kerana ia melibatkan begitu banyak haiwan.

“Saya telah melihat kira-kira 20 anjing atau lebih dibiakkan secara haram. Tetapi saya tidak pernah mendengar ia dilakukan dengan skala sebesar ini, ” kata Presiden PHBM Puspa Rani.

Menurut beliau, haiwan yang dikurung ada yang luka dan tidak boleh berjalan, ada yang buta dan banyak yang kekurangan zat, tidak mempunyai sumber makanan dan air bersih serta memerlukan rawatan secepat mungkin.

SelamatAnjing_3 SelamatAnjing_4 SelamatHaiwan_1 SelamatHaiwan_2

Rangkaian gambar di atas diperolehi dari laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue.

Puspa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang berikutan maklumat orang ramai di Facebook mengenai kawasan tersebut.


“Saya akan membuat laporan lain dengan Jabatan Perhilitan dan Jabatan Veterinar supaya mereka dapat menjalankan penyiasatan ke atas perkara ini,” katanya.

Anak anjing Pedigree yang dibesarkan di kawasan seperti itu boleh dijual sehingga RM1,000 seekor katanya.

Puspa percaya bahawa pemilik banglo, seorang mekanik berusia 52 tahun dan isterinya juga terbabit terhadap spesies haiwan yang dilindungi yang mungkin memerlukan dokumentasi daripada pihak berkuasa hidupan liar.

“Monyet adalah spesies yang dilindungi dan saya syak beberapa burung juga,” katanya.

http://youtu.be/AHWbeRV7EHM

Pemilik dan isterinya telah memberikan kerjasama setakat ini dengan menyerahkan haiwan kepada kumpulan itu.

Pendera haiwan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Haiwan.

Hukuman untuk menjaga spesies yang dilindungi tanpa lesen yang sah adalah denda sehingga RM50,000, hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Lelaki Bantah Penangkapan Anjing Liar Oleh MPKJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori