Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jakim Akan Keluar Senarai...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging...

Mata Anwar Lebam Di...

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika berlakunya insiden 'mata lebam' Datuk...

Ibu Putus Kaki Depan...

SEORANG ibu yang sedang menunggu anaknya pulang, dirempuh dan digilis hingga putus kaki...

Abang Raja Arab Saudi...

RIYADH - Abang Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada...

Musykil.. Bayi Wajah Bangladesh Tapi Didakwa Anak Indonesia

SETIAP kali mengikuti operasi bersama pihak berkuasa pasti ada babak drama kehidupan dapat disaksikan, begitu juga semalam.

Ketika penulis bersama penguatkuasa bertugas dibawa ke sebuah premis dua tingkat di Taman Segar, Cheras niat utama adalah menyerbu sebuah rumah urut di tingkat satu.

Bagaimanapun selepas hampir roboh diketuk namun tiada sesiapa membukanya lalu pintu terpaksa dikopak, apa yang menyambut pandangan mata kami hanyalah sebuah ruang yang sunyi tanpa penghuni.

Ini sesuatu yang mustahil kerana berdasarkan kain baju yang terkapar di lantai, makanan yang separuh berusik dan semangkuk mi segera dengan air masih hangat di dalamnya, sudah pasti ada manusia berada di situ sebentar tadi.

Pemeriksaan mendapati terdapat tangga di belakang premis dan sahihlah, semua sudah selamat melarikan diri sebelum kami menyerbu masuk.

Usai memeriksa rumah urut di tingkat satu yang berakhir dengan keputusan negatif, operasi diteruskan ke tingkat dua.

Seperti biasa pintu diketuk hampir roboh dan apabila tiada sesiapa membuka maka ia terus dipecahkan.

Terdapat tiga bilik dalam rumah tersebut dengan semua pintu tertutup rapat.

Kali ini selepas beberapa ketika diketuk, pintu salah satu bilik dibuka perlahan-lahan.

Terjengul di baliknya seorang lelaki Bangladesh dengan muka pucat lesi.

abg wm

Bila disoal siasat dia mengaku menyewa di situ bersama rakan-rakan lain tapi semuanya tiada kerana keluar bekerja.

Bagaimanapun, dia dipercayai berbohong kerana pemeriksaan dalam biliknya menemui barangan wanita termasuk pasport.

Dia terselamat daripada terus diasak soalan berkaitan maksiat kerana didapati beragama Kristian.

Bilik lain membuka cerita berbeza. Kali ini pintu dibuka seorang wanita yang mengendong anak.


Pemeriksaan mendapati wanita tersebut berbangsa Indonesia dan di bilik sama, seorang wanita Filipina kelihatan menikus.

awek wm

Setelah diperiksa kedua-dua mereka mempunyai pasport namun si Filipina mempunyai masalah pada dokumen tersebut lalu dinasihatkan pergi ke Kedutaan negaranya di Kuala Lumpur untuk menyelesaikannya.

Apa yang musykil, bayi dikendong wanita Indonesia itu didakwa miliknya tetapi dokumen kelahiran tidak dapat dikemukakan bila diminta.

Lagi ajaib bila ditanya siapakah suaminya merangkap bapa bayi itu dia memberitahu si polan warganegara Indonesia namun tidak ada di rumah.

Masalahnya bayi tersebut mempunyai wajah yang mirip sekali dengan Bangladesh!

Meskipun disoal berulangkali dan diminta berterus terang siapa sebenarnya ibu bapa bayi tersebut, wanita Indonesia beragama Islam terbabit mati-mati tetap berpegang pada ceritanya.

Kesudahannya walaupun cuma ada seorang lelaki Bangladesh, seorang wanita Indonesia, seorang wanita Filipina dan seorang bayi lelaki yang disyaki campuran negara ketika rumah yang terletak atas pusat urut di Taman Segar itu diserbu semalam, kisah sebenar boleh diteka.

Di kota ini, hidup bercampur lelaki perempuan tanpa ikatan terutama di kalangan pendatang asing adalah lumrah.

Di rumah itu sahaja dianggarkan hampir sepuluh orang tinggal bercampur lelaki perempuan tanpa mengira negara dan agama. Jadi bayi yang terhasil daripada persetubuhan (tak dapat dipastikan halal atau sebaliknya) yang bercampur etnik adalah tidak mengejutkan.

Operasi Siri 8 Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) Wilayah Persekutuan yang bermula jam 6 petang semalam, boleh dikatakan dibuat secara besar-besaran apabila membabitkan petugas media serta anggota penguatkuasa termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan banyak lagi.

6 premis menjadi tumpuan utama operasi ini iaitu pusat siber judi haram, pusat urut salah guna atau tak berlesen, pusat hiburan, sarang maksiat, PATI dan penyalahgunaan dadah.

Hingga kini kami masih menanti angka rasmi mereka yang ‘kantoi’ pada malam tadi daripada pihak berkuasa terlibat. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori