Ibu Lofa Seronok, Tudung Turban ‘Licin’ Dalam 2 Minit!

JIKA dua tahun lalu, tudung koleksi raya Naelofar Hijab berjaya dijual sebanyak RM1.3 juta dalam masa tiga minit, tahun ini bagi koleksi Be Lofa by Naelofar Hijab yang baru dilancarkaan di sebuah disko semalam dikatakan telah licin terjual dalam masa hanya dua minit!

Baca: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Juga: “Takde Tempat Lain Ke?” Netizen Pelik Lofa Pilih Zouk

Kecoh sejak semalam apabila pelakon dan usahawan muslimah, Noor Neelofa telah menimbulkan sedikit kontroversi kerana melancarkan koleksi tudung baharunya, Be Lofa di sebuah disko terkenal dekat ibu kota iaitu Zouk Kuala Lumpur.

Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang merupakan ibu kepada usahawan muda itu memberitahu menerusi InstaStory miliknya sebentar tadi bahawa koleksi Be Lofa by Naelofar Hijab telah habis dijual hanya dalam masa dua minit sahaja!

“Ini team pos online. Alhamdulillah online turban dan shawl sold out! Terima kasih semua tenaga kerja yang sangat bagus. Esok semua akan terima turban shawl yang dibeli online harini.

“Team semua tengah bertungkus lumus, nanti kita belanja ya makan dekat hotel, takkan tak belanja dua minit sold out kot?” katanya menerusi InstaStory tersebut dengan nada sedikit ‘kekwat’.

Koleksi Be Lofa-Turban itu dijual dengan harga RM73(SM) dan RM75(SS) yang didatangkan sebanyak 51 warna yang menarik.

Tudung koleksi itu sudah pun digayakan oleh Neelofa sendiri sejak dia terlibat dalam membintangi drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari yang mana pertama kali dia digandingkan bersama dengan hero pujaan Malaya, Zul Ariffin.

Hasil tinjauan di laman web Naelofar Hijab juga menunjukkan bahawa kesemua warna bagi koleksi yang baru sahaja diperkenalkan semalam itu sememangnya telah habis dijual!

Bercakap mengenai kontoversi semasa pelancaran di kelab malam itu, Instagram milik Kartini turut telah diserang oleh netizen yang mempersoalkan kedudukannya sebagai seorang ibu.

Namun bagaimanapun, ibu kepada sembilan orang cahaya mata itu langsung tidak membalas satu pun komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Bukan sahaja ibunya tak membalas, Neelofa sendiri turut tidak membalas apa-apa komen ataupun kritikan yang diterima menerusi akaun tersebut.

Malah, pengacara dan pelakon itu kini baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat bersama dengan pihak AirAsia pada tengahari tadi.

Selain itu, dia turut memuat naik posting terbaharu mengenai koleksi Be Lofa itu.

Walaupun dikecam, dihina dan dikritik, wanita berusia 29 tahun itu masih mampu berdiam diri tanpa menghiraukan kata-kata orang lain. – MYNEWSHUB.CC/AH

https://www.instagram.com/p/BfsCCz4FW6d/?taken-by=neelofa