Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Doktor Pelatih Terperangkap Jerat...

KUANTAN - Seorang doktor pelatih lelaki kerugian RM12,400 selepas terperangkap dalam penipuan sindiket...

Boleh Kerjasama Tetapi Terima...

KUALA LUMPUR - PAS boleh bersama dan bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk bukan...

Rani Kulup Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup yang...

Guru Maut Terjatuh Dari...

TANAH MERAH - Seorang guru lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu...

Hatinie’s Kitchen, Kambing Perap Sejuk Beku Yang Menyelerakan

MUDAH, Cepat, Menyelerakan… tagline yang digunakan *Hatinie’s Kitchen ini sangat sesuai dengan produk mereka.

Syarikat bumiputra yang bertapak di Shah Alam, Selangor ini membekalkan pelbagai produk makanan segera, sejuk beku dan penambah selera seperti serbuk kentang putar, serbuk keju, BBQ ayam, chicken chop dan sos bolognese serta sos lada hitam.

Bagaimanapun, sajian istimewa yang menjadi kekuatan *Hatinie’s Kitchen tak lain tak bukan… kambing perap sejuk beku dengan sos lada hitam.

Kami di Mynewshub telah merasainya sendiri dan sejujurnya, ia sangat lazat.

Selain kambing perap, produk terbaru mereka adalah bebola daging, stik daging dan daging lundang yang mudah dan cepat dimasak namun rasanya tetap enak.

Paling mengujakan, daging-daging yang diproses menjadi produk *Hatinie’s Kitchen sangat lembut dan tidak berbau hamis apabila dijadikan sajian manakala sos lada hitam yang disediakan juga cukup rencahnya, sekaligus menjadi pelengkap hidangan paling sesuai.

edit2

Diadun dengan resipi rempah-ratus tersendiri, aroma yang terbit ketika anda memanggang atau menggoreng kambing perap terutamanya, pasti mengecurkan liur seisi rumah.


Tak hairanlah, rata-rata pembeli menyatakan kepuasan hati mereka selepas mencuba produk Hatinie’s Kitchen.

unnamed (3)

Kepada yang gemarkan aktiviti BBQ, kini anda tahu produk mana paling sesuai untuk membuat suasana lebih menyeronokkan dengan makanan-makanan lazat yang mudah disediakan bukan?

Betul.. cubalah produk *Hatinie’s Kitchen terutama kambing perapnya dan percayalah, anda tak akan menyesal.

*Hubungi 019-2767270 (En Abdul Mutalid) untuk pertanyaan dan pembelian produk.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=nSjfwPLRVbg&feature=youtu.be

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori