Harvard Keluar Memo Larang Seks Antara Profesor, Penuntut

UNIVERSITI Harvard, salah sebuah universiti paling berprestij di Amerika Syarikat telah mengeluarkan memo melarang mana-mana profesornya supaya tidak mengadakan hubungan seks dengan pelajar berikutan kajian semula terhadap dasar pencabulan seksual.

Larangan itu dikenakan terhadap mahasiswa serta lepasan ijazah serta dijadikan sebahagian daripada kajian semula bagi salah laku seksual.

Keputusan sedemikian terpaksa diambil oleh pihak atasan universiti itu kerana Harvard sebelum ini dilihat lebih gemar mengambil pendekatan defensif apabila terdapat aduan berkaitan keganasan seksual di kampus tersebut.

Mei tahun lalu, Jabatan Pelajaran Amerika Syarikat menyenaraikan 55 kolej dan universiti bagi menjalankan kajian semula berkaitan pengendalian aduan serangan seksual dan pencabulan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...