Hanis Zalikha Jadi Tauke Jual Doll Jubah

ARTIS masa kini dah tak macam artis zaman dulu, sekarang ada je peluang, mereka pasti akan grab untuk menambahkan lagi pendapatan sampingan untuk diri mereka.

Yang terbaharu, aktres dan pengacara Hanis Zalikha turut mengambil inisiatif menjual jubah yang diberi label Doll Jubah hasil kolaborasi dengan pereka fesyen kegemarannya, Ashraff Zainal.

Yang menariknya, pembungkusan jubah ini cukup menarik perhatian kaum hawa dan hijabista di luar sana yang mana ianya menggunakan kotak berwarna pink yang sinonim dengan ‘packaging’ patung Barbie.

Memang unik dan menarik sekali!

Didatangkan dalam tujuh pilihan warna, jadi tunggu apa lagi buat peminat Hanis, segeralah dapatkan koleksi Doll Jubah sekiranya anda ingin kelihatan cantik menawan seperti Hanis! – MYNEWSHUB.CC

hanis

hanis2

Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply