Guru Main Troli Di Sekolah… Lepas Tekanan Gamaknya

SEJAK semalam, menjadi viral beberapa keping gambar yang menunjukkan gelagat seorang guru sekolah yang naik dan menolak troli membawa barang seperti seorang kanak-kanak.

Menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook milik Cikgu Asmadi Samad, aksi guru berkenaan yang dilihat agak lucu, menerima pelbagai respon daripada netizen dengan rata-ratanya memberikan reaksi positif.

Guru Main Troli Di Sekolah... Lepas Tekanan Gamaknya

Ada yang menyifatkan tindakan guru berkenaan adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan sama seperti orang lain dan ada yang menganggap ia kelakar.

Namun tidak terlepas ada juga yang beri komen negatif seolah-olah tidak faham hati seorang manusia.

Seorang pengguna akaun bernama Azizah Speak berkata: “Biarlah cikgu main seorang, kalau ada anak murid malulah dia. Lepaskan gian main troli,” tulisnya.

Guru Main Troli Di Sekolah... Lepas Tekanan Gamaknya

Guru Main Troli Di Sekolah... Lepas Tekanan Gamaknya

Dalam pada itu, seorang pengguna akaun bernama Pilus Piluz berkata, “Hanya seorang guru faham beratnya tugas sebagai guru pada zaman ini,” tulisnya.

Bagi kami, inilah ciri-ciri contoh seorang guru yang sempoi, yang mana di luar nampak tegas namun di dalam hati ingin juga bermain seperti kanak-kanak riang, heh. – MYNEWSHUB.CC

Loading...