Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bangunan Selangor Mansion Digempur...

KUALA LUMPUR - Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, di sini, yang...

‘Kira-kira 10 Maut’ Dalam...

KYIV: Serangan Russia ke atas kemudahan tentera di bandar Dnipro, tengah Ukraine menyebabkan...

Mini Countryman Edisi Khas...

Mini Malaysia memperkenalkan Mini Countryman edisi khas ini yang dikenali sebagai Mini Countryman...

Pemuda Kedah Minta Tindakan...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemilik portal...

Guru Agama Bunuh Teman Wanita Didakwa Di Mahkamah

HULU SELANGOR – Seorang guru agama di sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, awal bulan ini.

Abdul Ra’of Mohd Dimyati, 26, didakwa membunuh Nor Salina Nazir, 34, seorang peniaga online di kawasan lapang tepi Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu di sini pukul 8.30 malam, 5 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Janda Dibunuh, Guru Agama Ditahan

Tiada sebarang pengakuan direkod dan tertuduh yang memakai baju T berwarna hijau dan berseluar jeans hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zulhelmi Hasan, yang bertindak sebagai Majistret.

Terdahulu, Hakim Zulhelmi membenarkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental sebelum perbicaraan setelah dipohon oleh peguam yang mewakilinya Datuk Hanif Hashim mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.


Mahkamah menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amin Azmi.

Media sebelum ini melaporkan seorang janda beranak empat mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu.

Mayat mangsa ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori