Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Elak “Penang...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat tawaran sebanyak dua...

7 Projek Infrastruktur Dilaksanakan...

KUALA LUMPUR - Tujuh projek infrastruktur melibatkan pembinaan lebuh raya, landasan keretapi dan...

Najib Harap Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap penelitian...

Artikel WSJ Mengenai Laporan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menegaskan sebagai 'pembohongan terang-terangan'...

Gilakan Nutella? Ini Resepi Mudah Nutella Homemade

Siapa yang tak sukakan Nutella kan? Lagi-lagi bila dimakan begitu sahaja. Memang menjilat jari jadinya!

Maka tidak hairanlah, Nutella sangat popular dan menjadi koleksi wajib yang perlu ada di dapur bagi penggemar coklat.

download

Apa yang unik tentang Nutella, selain dibuat sapuan atas roti, coklat ini juga boleh digunakan dalam menghasilkan pelbagai koleksi pencuci mulut antaranya kek dan biskut.

Oleh itu, kami ingin kongsikan kepada anda resepi mudah untuk membuat Nutella homemade.

Selain mudah dibuat, bahan-bahan yang diperlukan juga sangat senang didapati.

images (2)

 Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah/hazelnut (sangai tanpa minyak dan buang kulit)
1 cawan gula icing
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
Minyak jagung (agak-agak mengikut kepekatan yang anda mahu)


Cara-caranya

1. Kisar kacang sehingga keluar minyak

2. Di dalam mixer, putar bahan gula, serbuk koko dan esen vanila dan masukkan kacang yang sudah dikisar halus.

3. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti yang diinginkan samada mahu pekat atau cair.

4. Mix hingga tesktur halus dan sebati

5. Siap!

Resepi ini juga boleh dilakukan para ibu bersama anak-anak untuk mengisi masa lapang dan mengeratkan silaturrahim! – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=iMwpQ-nV-Cs]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori