Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sarawak Sambut Baik Peruntukan...

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg amat...

LPT2 Mohon Maaf Isu...

LPT2 Sdn. Bhd. memohon maaf berhubung kekeliruan yang timbul dalam kalangan pengguna susulan...

Makan Daging Sendiri Untuk...

Pernahkan anda bayangkan bagaimana rasanya daging manusia? Seorang lelaki memutuskan untuk memotong sedikit...

Ghaddar Kembali Kuatkan Jentera...

KOTA BHARU - Bekas penyerang import Kelantan musim lalu, Mohammed Ghaddar akan kembali...

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA Tamatkan Pinjaman Pelajaran

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA, Rohayah Mohd Zain hari ini menyatakan pinjaman pelajar Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, ditamatkan selepas dia disabitkan bersalah oleh mahkamah di London atas dakwaan memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.

Menurut Rohayah, pihak Mara memandang berat kesalahan dilakukan oleh mana-mana pelajar di bawah tajaan organisasi tersebut.

“MARA menggantung pinjaman pelajaran beliau sejak ditahan reman pada November lepas atas pertuduhan itu.

“Bagaimanapun setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, pinjaman tersebut ditamatkan serta-merta dan beliau dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan portal antarabangsa International Business Times, Nur Fitri Azmeer dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London selepas disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar lucah kanak-kanak.


Pelajar M’sia Dipenjara Di London Kes Gambar Porno Kanak Kanak

Penuntut jurusan Matematik di Kolej Imperial London itu mengaku bersalah di atas semua kesalahan tersebut.

Portal itu turut melaporkan Nur Fitri akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori