Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muncul Lagu Duet: Amar,...

SEJAK mendirikan rumah tangga 11 November tahun lalu, rezeki pasangan selebriti Amar Baharin...

Periksa Tarikh Luput Produk...

KUALA LUMPUR - Sebelum mengoles gincu atau menyapu pemerah pipi kegemaran anda, berapa...

Papagomo Diarah Bela Diri...

KAJANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan...

Asyraf Wajdi Puji Remaja...

RAUB - Tindakan berani seorang remaja lelaki membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri...

Penumpang Cetus Panik, Buka Pintu Pesawat Untuk ‘Ambil Angin’

Seorang penumpang yang dalam pesawat penerbangan domestik di China mencetuskan ketakutan dalam kalangan penumpang lain apabila tiba-tiba membuka pintu kecemasan pesawat dengan alasan, mahu ambil udara segar.

Ketika itu, pesawat dinaikinya sedang bergerak atas landasan bagi mengambil posisi untuk berlepas.

Menurut laporan akhar South China Moring Post, penumpang-penumpang lain di dalam pesawat Xiamen Air dari Hangzhou ke Chengdu yang terkejut sempat menggunakan telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.

MENARIK – Syabas Kru MH2 Ke London, Berjaya Kawal Penumpang Ganas

Pasukan penyelenggaraan kemudiannya bergegas membaiki pintu kecemasan selepas insiden itu dan pesawat dapat berlepas mengikut jadual, menurut kakitangan Lapangan Terbang Hangzhou.

Dalam gambar yang dikongsikan penumpang, lelaki berusia kira-kira 40-an yang pertama kali menaiki pesawat dilihat meletakkan kepalanya keluar dari pintu kecemasan yang terbuka, dan para kru hanya mampu melihat perbuatannya itu.


Peristiwa Ahad lepas itu mencetuskan perdebatan hangat di laman sosial dengan blogger berkata lelaki itu patut didenda, tetapi syarikat penerbangan tidak bercadang berbuat demikian. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Lawak Lelaki India Kali Pertama Naik Pesawat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori