Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Respon TMJ Terhadap Slogan...

"MUAFAKAT itu berkat," demikian respon ringkas Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan...

‘Macau Scam’: 25 Warga...

KUALA LUMPUR - Seramai 25 warga China dan Taiwan ditahan dipercayai terlibat dengan...

Dihukum Gantung Kerana Bunuh...

ALOR SETAR - Seorang jurujual kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Suntikan Vaksin COVID-19 Tidak...

PORT DICKSON - Suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa dan ia selari dengan...

Gerhana Bulan Penumbra Kelihatan Jelas Di Kuala Terengganu

FENOMENA gerhana bulan penumbra yang terjadi pada malam 23 Mac dapat dilihat dengan begitu jelas oleh penduduk yang menetap di Kuala Terengganu.

Gerhana bulan yang seakan-akan berwarna jingga itu berjaya dirakam di perkarangan Masjid Kristal, Pulau Wan Man, pada pukul 7.42 malam.

Namun ia hanya dapat dilihat dalam tempoh 10 saat dan selepas itu lenyap setelah dilindungi awan.

bulang2

Fenomena bulan penumbra berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama melintasi bayang bumi.

Di Planetarium Negara pula,  dikatakan lebih daripada 500 pengunjung telah memenuhi perkarangan seawal 6.30 petang bagi menyaksikan fenomena ajaib itu.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr. Nordin Ahmad berkata, kitaran penuh fenomena itu bermula pada jam 5.39 petang (23 Mac) apabila bulan mula memasuki zon penumbra.


“Fenomena ini hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila bulan mulai terbit dari jam 7.21 malam hingga jam 9.55 malam apabila bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi,” katanya.

Bagaimanapun pengunjung tidak dapat melihat dengan sepenuhnya ekoran keadaan hujan gerimis dan perkara tersebut membuatkan pihak Planetarium menyediakan televisyen dan skrin besar bagi memaparkan visual gerhana bulan secara langsung yang diperolehi dari menara pencerapnya.

Kali terakhir gerhana bulan penumbra berlaku ialah pada 28 November 2012, dan tahun ini ia dijangka berlaku lagi pada 17 September ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori