Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Diplomat, Anak Tidak...

RAUB - Bekas diplomat bergelar Datuk dan anaknya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan...

Kekuatan Mental Penting Hadapi...

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14...

Model MRT3 Tukar Kepada...

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk menukarkan struktur perlaksana projek Mass Rapid Transit 3...

Thailand Luluskan Ganja Untuk...

BANGKOK - Thailand meluluskan ganja untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan, hari ini, dan...

Gempar… Kemunculan Buaya Bencana Banjir Di Sarawak

PENDUDUK di Kampung Lubuk Punggur Simunjan, Sarawak gempar dengan kehadiran seekor buaya yang muncul secara tiba-tiba dipercayai keluar ekoran bencana banjir yang sedang berlaku sekarang.

Lebih memeranjatkan, penduduk setempat mendakwa ada di kalangan mereka hampir dibaham binatang reptilia itu.

Bagaimanapun, buaya tersebut berjaya ditembak hingga mati sebelum ia sempat mengganas dan memburu lebih banyak mangsa.

Ekoran itu penduduk kampung yang terletak di jajahan Kota Samarahan ini meluahkan perasaan gusar dan bimbang jika kejadian tersebut berulang.

10917047_591414554293810_351135776750775596_n (1)
Gambar buaya yang ditembak mati selepas mengganas di Kampung Lubuk Punggur Simunjan.

Menurut sumber, ketika musim banjir sememangnya perkara paling digeruni penduduk kampung adalah kemunculan buaya yang naik ke kawasan kampung.

Tambahan pula, kedudukan kampung yang terletak agak jauh dari bandar ini menyukarkan bantuan tiba dengan segera.


Mangsa Banjir

Kita doakan moga mangsa banjir di Sarawak tabah menghadapi bencana alam ini.

-MYNEWSHUB.CC

Video Laporan Banjir Di Sarawak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori