Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Betul Ke Lelaki Gemuk,...

PERCAYA atau tidak, mengikut kajian, lelaki yang boroi dipercayai lebih penyayang dan seksi?...

Jaringan hatrik Safiq Bantu...

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim melakar jaringan...

23 Wanita Asing Ditahan...

KOTA BAHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan 23 wanita warga asing yang disyaki...

Jawatan Kuasa Buat Laporan...

LANGKAWI - Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan laporan berhubung seekor gajah yang...

Gempar! Kejadian Tembak Menembak Di Batu Caves

DUA mangsa ditembak individu tidak dikenali dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Besar Sunway Batu Caves menghala ke Sri Gombak berhampiran stesen minyak Shell, tengah hari tadi.

Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat keluar dari kereta jenis Nissan sebelum meluru ke arah sebuah Proton Satria warna kuning, membuka pintu pemandu lantas melepaskan tembakan menggunakan pistol.

Suspek kemudiannya menghala ke arah kereta jenis Suzuki berwarna putih, membuka pintu pemandu lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri menghala ke MRR2.

Kedua-dua mangsa berbangsa India dan berusia lingkungan 30an ditembak di telinga kanan dan pipi kiri serta kepala; segera dikejarkan ke Hospital Selayang.

t1

t3


Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dan motifnya masih disiasat.

t4

Kejadian menyebabkan jalan di persimpangan bawah jejantas expressway Batu Caves ditutup buat sementara waktu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori