Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAS Tidak Lemah Walaupun...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan lemah kerana krisis parti atau kerana tidak...

Akta Antiberita Tak Benar...

KOTA TINGGI - Pelaksanaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan mulai semalam...

Jururawat Dalam Pantang Cedera...

PENDANG - Seorang jururawat yang sedang berpantang selepas melahirkan anak ketiganya nyaris maut...

Kekuatan Anggota & Aset...

KUDAT - Kerajaan akan terus meningkatkan keupayaan pertahanan di Sabah dari segi keanggotaan...

Gempak.. Dua Lelaki ‘Jetman’ Terbang Di Udara Dubai

TERNYATA tahap inovasi serta ciptaan manusia semakin hebat, malah apa sahaja yang diimpikan pasti dapat dilaksanakan.

Video ini membuktikan impian seseorang itu boleh dijadikan realiti sekiranya tidak berputus asa dan terus berusaha.

Dua lelaki ini sememangnya layak digelar Jetman atau manusia berjet kerana mereka berjaya membuktikan cita-cita serta minat mereka untuk ‘terbang’ dapat direalisasikan.

Yves Rossy dan Vince Reffet merupakan pencipta kepada pasukan atlet Jetpack di Dubai selayaknya dijadikan inspirasi kerana aksi mereka di dalam video tersebut sangat menakjubkan.

Rossy seorang juruterbang profesional dari Switzerland adalah pencipta terkenal dalam bidang penerbangan manusia.

Dia berjaya mereka Jetpack miliknya sendiri selepas bertahun-tahun menjalankan eksperimentasi serta mengubahsuai rekaan itu.

Hasil rekaannya itu merupakan rekaan yang paling hampir dengan Jetpack yang pernah dilihat oleh manusia melalui filem sains fiksyen.


Video ini merupakan hasil serta pengalaman yang telah dikumpul oleh Rossy serta anak didiknya, Reffet, selepas bertahun-tahun mereka berlatih.

Walau bagaimanapun, mereka perlukan pengawasan daripada pesawat lain untuk membuat penerbangan namun boleh mengekalkan ketinggian serta penerbangan dalam masa 6-13 minit dengan kelajuan 180 km dan 300 km sejam.

Lihat aksi ektreme mereka berdua memenuhi ruang udara Dubai di bawah ini.

– MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori