Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tudung Bawal Paling Mahal...

KUALA LUMPUR - Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive hari ini menyerahkan tudung...

Elon Musk Mahu Selamatkan...

WASHINGTON : Hartawan terkemuka, Elon Musk berikrar syarikatnya, SpaceX akan menyelamatkan Stesen Angkasa...

8 Tahun Najib Razak...

AKU tak faham, Selama 8 tahun Najib Razak jadi Perdana Menteri, apa yang...

Wanita, Lembaga Pengarah Dan...

APABILA Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tekad...

Gempa Sabah Angkara Gunung Kinabalu Marah Aksi Bogel

KOTA KINABALU – Gempa terkuat dalam sejarah Malaysia yang melanda Sabah pagi Jumaat dipercayai akibat kemarahan aki atau pelindung Gunung Kinabalu terhadap aksi bogel 10 pelancong asing di situ baru-baru ini.

Beberapa pengguna laman sosial Twitter mendakwa, tindakan biadap kumpulan pelancong dari Eropah tersebut bertelanjang dan memarahi malim gunung yang menegur mereka adalah kemuncak perasaan amat marah aki.

Malah ada netizen tempatan menulis, gempa pukul 7.17 pagi bermagnitud 5.9 pada skala Richter sebagai balasan kepada sikap pendaki tidak menghormati kawasan yang dianggap suci di gunung tertinggi Asia tenggara itu.

Baca: Pelancong Asing Bogel Di Puncak Kinabalu, Maki Malim Gunung

Seorang pembangun laman web berasal dari Sabah yang enggan dinamakan memberitahu, selain berbogel, ada pelancong asing kencing di kawasan itu, sekali gus mengundang kemarahan roh semangat Gunung Kinabalu.

Pengguna Twitter ‏@Zulfahmiabsalam pula menulis, seorang rakannya di Sabah turut berpendapat sama dan berkata, ‘penjaga’ gunung tersebut hanya menunggu masa sahaja sejurus insiden bogel pada 30 Mei lalu.

Namun, @Zaxania menyifatkan cubaan penduduk tempatan mengaitkan dua insiden itu sebagai ‘kenyataan bodoh’ dan meminta mereka tidak merumuskan kelakuan pelancong terbabit mendapat balasan daripada hukum alam.


MtKinabalu view from kundasan.jpg

Awal bulan ini, media tempatan menyiarkan gambar-gambar sekumpulan pendaki asing termasuk empat wanita gembira bertelanjang di South Peak dekat puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari paras laut tersebut.

Ekoran itu, penduduk Sabah kesal dengan insiden itu dan ramai mendakwa, tindakan pendaki terbabit menggelar malim gunung tersebut sebagai bodoh hanya kerana menegur kelakuan mereka sebagai ‘menjemput’ bencana.

Menurut pihak berkuasa Taman Sabah, setiap pendaki wajib mematuhi peraturan termasuk menjaga tingkah laku dan perkara ini turut dimaklumkan oleh semua malim sebelum pendakian bermula. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori