Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sukan SEA: Upacara Penutup...

HANYA kurang beberapa jam sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur melabuhkan tirainya, rata-rata barisan...

Presiden Palestin Gesa Israel...

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menggesa Israel mematuhi perjanjian dengan Palestin dan meneruskan...

‘Abang’ Bomba Jadi Penyanyi...

KUALA TERENGGANU - Walaupun sering dihambat waktu kerana bekerja sebagai anggota Bomba dan...

Industri Filem Porno Semakin...

BINTANG filem lucah, Olivia Nova telah meninggal dunia secara mengejut. Mayatnya ditemui di...

Gambar Tikus Besar Di Malaysia?? KJ Pun Terkejut

Di bandar-bandar besar, memang biasa kelibat haiwan perosak iaitu tikus dilihat berkeliaran mencari makanan di dalam longkang dan di kawasan-kawasan kotor.

Bagaimanapun, pernahkah anda melihat tikus gergasi yang saiznya seperti seekor kucing.

Gambar seekor tikus yang sebesar itu telah menyebabkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin terperanjat selepas melihat gambar itu di twitter @FriendsofBN1.

TikusBesar_2

“Apakah? No way…,” kata Khairy merujuk kepada tweet yang memaparkan gambar itu.

Ia menunjukkan gambar seekor tikus yang telah mati dan dibawa oleh seorang lelaki yang memakai penutup mulut.

Hasil pemeriksaan lanjut, tiada maklumat berkaitan tikus spesis apa yang dibawa oleh lelaki itu dan di mana gambar itu dirakamkan.


Bagaimanapun, jika diperhatikan di bahagian latar belakang gambar itu kelihatan sebuah bas yang mirip sebuah bas di Malaysia. Nampaknya di negara kita sudah ada tikus yang membesar sehingga mencapai saiz sedemikian rupa.

Di laman sosial twitter, gambar itu kini viral.

Bagaimanapun, ada maklumat berkaitan spesis tikus yang bersaiz besar tetapi habitatnya bukan di bandar-bandar besar dan berbeza rupanya dengan tikus di dalam gambar berkenaan.

Agak-agaknya, kalau tikus begini ada di rumah anda, bagaimanalah agaknya? – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori