Gambar: Rekahan Bahagian Sayap Enjin Pesawat AirAsia?

NAMPAKNYA, ramai pengguna telah berhati-hati dalam pemilihan penerbangan sejak kajadian nahas pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia baru-baru ini.

Terbaru, melalui sebuah gambar yang dikirimkan kepada kami, seorang penumpang pesawat AirAsia dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur menuju ke Ho Chi Minh, Vietnam (AK 520) telah mengambil gambar seakan terdapat rekahan pada bahagian enjin sayap pesawat melalui tingkap tempat duduknya.

IMG-20150131-WA0051 wm

IMG-20150131-WA0071-1 (wm)

Berkemungkinan ia hanyalah goresan cat yang tertanggal atau sememangnya bahagian yang sudah merekah?

Di sini kami ingin mempersoalkan bagaimana AirAsia boleh terlepas pandang dengan isu yang melibatkan keselamatan krew dan penumpang ini.

Apa-apa pun, ia perlu diberi perhatian oleh pihak AirAsia dan mengharapakan penjelasan lanjut diberikan sama ada keretakan seperti di dalam gambar tersebut merupakan suatu yang normal atau berbahaya kepada penumpang.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=h3GVVoQr0tE

VIDEO SAMPINGAN… GUARD BANGLA PROMOTE KETUM

Loading...