Gambar Gagak Tumpang Helang Di Udara Jadi Viral

SEBELUM ini gambar seekor cerpelai yang ‘menunggang’ burung belatuk di London pernah viral dan mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Kini, gambar seekor burung gagak ‘menumpang’ burung helang di udara pula mendapat perhatian umum, sememangnya kejadian seperti ini jarang sekali dapat dilihat dan berlaku.

[FOTO CERPELAI ‘TUNGGANG’ BELATUK YANG PELIK TAPI BENAR]

PAY-crow-grabs-a-lift-on-a-bald-eagle (2)

PAY-crow-grabs-a-lift-on-a-bald-eagle (1)

PAY-crow-grabs-a-lift-on-a-bald-eagle

Gambar tersebut diambil oleh seorang jurugambar amatur, Phoo Chan dan ianya berlaku di Washington, Amerika Syarikat.

Burung helang itu dipercayai sedang mencari mangsa untuk dijadikan santapan dan secara tidak diundang, seekor gagak hitam begitu berani mendarat di atasnya.

Gagak tersebut dikatakan hanya menumpang burung pemangsa tersebut selama beberapa saat sebelum kembali terbang membawa haluan sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Pitt Syfq

https://www.youtube.com/watch?v=lk83ISuUuyg

Loading...