Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kongsi Hadis Palsu, Dr....

AKIBAT kesilapannya berkongsi hadis palsu sebelum ini, penceramah terkenal, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah...

Ketua Pengarah JKSM Dapatkan...

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im...

Bank Palsu Di China...

BEIJING – Pemerintah China bukan sahaja berhadapan dengan isu duit palsu melibatkan mata...

AirAsia X Lantik Nadda...

KUALA LUMPUR – AirAsia X Bhd melantik Nadda Buranasiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif...

GAMBAR: 10 Lelaki Kacak Yang Dilahirkan Sebagai Wanita

JANGAN tertipu dengan penampilan luaran yang menonjolkan personaliti seorang lelaki bertubuh sasa dan memiliki wajah maskulin.

Siapa sangka, mereka ini dilahirkan sebagai seorang perempuan namun setelah menginjak usia matang, memutuskan untuk menjadi seorang lelaki.

Lihat sendiri 10 individu wanita yang telah menjalani pembedahan mengubah ‘aset sulit’ mereka bagi menjelmakan diri bagai lelaki tulen.

1. Buck Angel

pooo9MV7 these_guys_once_used_to_be_women_640_06

Buck Angel, seorang pelakon dan penerbit filem porno terkenal di Amerika Syarikat merupakan seorang transgender.

Suatu ketika dahulu, dia pernah menjadi model wanita sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bagi menghilangkan payu daranya dan tampil lebih maskulin.

2. Balian Buschaum

-buschbaum NOW.jpg-201405281715241 a-un-clic-1957731w620

Balian Buschaum atau nama asalnya Yvonne Buschaum merupakan bekas atlet lompat tinggi German namun terpaksa melupakan impiannya dalam bidang sukan kerana mengalami kecederaan, juga kerana keinginannya menukar jantina.

Setelah selesai menjalani surgeri, dia menukar namanya dan mahu dikenali sebagai Balian.

3. Loren Cameron

lorenr2

Bekerja sebagai seorang jurugambar, penulis dan aktivis transeksual, Cameron digambarkan bapanya sebagai seorang ‘tomboy’ kerana dibesarkan di sebuah ladang dan ditugaskan membuat kerja-kerja kasar.

Dia pernah menerbitkan buku (Body Alchemy and Man Tool – The Nuts and Bolts of Female-to-Male Surgery) yang menampilkan perubahan fizikal transeksual yang melakukan pembedahan menukar jantina.

4. Ian Harvie

Ian-HarvieX633 full

Ian Harvie merupakan pelawak dan sering membuat komedi berdasarkan kisah hidupnya sebagai seorang transgender. Dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pada usia 32 tahun.

5. Lucas Silveira

6729145727_860e762cc5_z 7133eca28bc65df4f33d71e1f33af992e8ce02f6_m

Silveira dilahirkan pada 1979 dan merupakan seorang figura yang tidak asing dalam kalangan pemuzik. Ini kerana, dia merupakan individu pertama yang terbuka untuk menyertai sebuah grup muzik, The Clicks. Dia turut memiliki vokal yang mantap dan persis lelaki!

6. Rocco Kayiatos


Katastrophe_by_LezzieLexi2QT2BSTR8

Kayiatos atau turut dikenali sebagai Katastrophe merupakan seorang rapper. Dia turut tidak kisah untuk dikenali sebagai pemuzik yang menukar jantina dan seringkali mengaitkannya dengan muzik.

7. Thomas Beatie

gty_thomas_beattie_mi_130402_wmain Thomas-Beatie-MAIN_1399916a

Thomas Beatie pernah mengejutkan masyarakat seluruh dunia apabila dia digelar lelaki pertama yang mengandung. Namun hakikatnya, Beatie merupakan seorang transgender dan mula mengambil pil hormon ketika berusia pertengahan 20-an.

Walaupun demikian, dia mengambil keputusan untuk mengekalkan alat sulitnya, oleh kerana itu, dia kini memiliki tiga anak yang dikandungnya sendiri.

8. Ryan Sallans

Ryan-Sallans-after Ryan-Sallans-before-e1328078116197

Ryan Sallans atau nama asalnya Kimberly Ann Sallans merupakan seorang transgender yang juga aktivis di Amerika Syarikat. Dia kini menjelajah ke seluruh negara itu bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan sepertinya.

Dia selesai menjalani beberapa siri pembedahan pada 2005 dan berjaya tampil sebagai seorang lelaki kacak.

9. Andreas Krieger

z9677861Q,Andreas-Krieger

Krieger merupakan seorang ahli sukan bagi acara spot putter dan bertanding mewakili Jerman. Ketika remaja, dia diberikan anabolic steroid tanpa pengetahuannya sehingga menyebabkannya menjadi maskulin dari segi penampilan dan perwatakan.

Selepas bersara pada 1991, dia menjalani pembedahan menukar jantina. Ujarnya lagi, walaupun gembira dengan keadaannya kini, dia turut kecewa kerana diberikan hormon lelaki tanpa sedar.

10. Chaz Bono

5lDCoQ8Z 20110408-remember-when-3-600x411

Dilahirkan sebagai Chastity Bono, dia merupakan anak perempuan kepada penyanyi Sonny dan Cher. Dia kemudiannya menerima banyak perhatian selepas mengetahui kecenderungannya sebagai lesbian. Dia kini gembira dengan kehidupannya sebagai lelaki.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Perubahan Tubuh Seorang Wanita Yang Mengambil Hormon Testosterone Selama Setahun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori