Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jamal, 9 Pengikut Didakwa...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md...

360 Kanak-Kanak Sertai Majlis...

KANGAR - Seramai 360 kanak-kanak lelaki berusia 4 hingga 12 tahun dari seluruh...

The One Best Approach...

The One Best Approach You Need to Be Using for Good Essay...

Gempar Langit Mekah Gelap,...

Keinsafan menyelinap dalam sanubari apabila mendengar perkhabaran kisah aneh yang sedang melanda bumi...

Gila! Gadis Mahu Kahwini Bapa Kandung, Miliki Anak Bersama

TERKEDU seketika kami membaca pengakuan berani seorang gadis berasal dari Great Lakes, Amerika Syarikat mengenai hubungan terlarang dengan bapa kandung sendiri yang didedahkannya menerusi temubual dengan portal Science of Us dengan artikel bertajuk What It’s Like to Date Your Dad.

Baru berusia 18 tahun, dia bukan sahaja menjalin cinta dengan bapanya, tetapi turut menggadai keperawanannya menerusi hubungan seks dengan lelaki itu.

Hubungan sumbang mahram itu bermula selepas gadis itu bertemu semula bapa kandungnya yang terpisah selama 12 tahun, apabila lelaki itu menghubunginya menerusi Facebook.

Pertemuan itu membawa kepada keputusan untuk tinggal bersama bapanya selama dua minggu, namun ia akhirnya membuahkan rasa cinta hingga kedua mereka merancang untuk berpindah ke New Jersey memandangkan perbuatan sumbang mahram bukanlah satu kesalahan di sana.

“Saya akan hubungi ibu dan memberitahunya kami sudah jatuh cinta dan akan memiliki anak. Jika dia mahu melihat cucunya, kami akan kirim duit jadi dia boleh datang menjenguk kami,” ujar gadis terbabit.

Ditanya sama ada dia bimbang tentang masalah genetik yang mungkin dihadapi oleh anak bakal dilahirkan hasil hubungan dengan bapanya dia berkata, “Tidak. Saya tak akan mengambil risiko jika ia memudaratkan.

“Saya sudah melakukan kajian. Semua orang fikir anak yang dilahirkan hasil sumbang mahram akan mengalami masalah genetik tapi ia tak benar. Ia terjadi jika hubungan itu berlaku selama beberapa generasi, seperti keluarga diraja.


“Sumbang mahram sudah lama berlaku. Semua orang hanya perlu menerimanya selagi ia tidak menyebabkan seseorang itu tertekan atau rasa terpaksa.”

Oh, tak dapat kami bayangkan bagaimana penerimaan si ibu apabila mengetahui anak yang dibesarkannya membuat keputusan yang kami kira lebih kepada dorongan nafsu semata-mata!

Biarpun negara Barat menekankan kebebasan bersuara dan membuat pilihan, sumbang mahram adalah perkara yang masih tidak dapat diterima oleh sebahagian besar masyarakat sana.

Bagaimanapun, identiti gadis tersebut dan bapanya dirahsiakan oleh pihak editor Science of Us. – MYNEWSHUB.CC

Video 10 Kes Sumbang Mahram Di Barat

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori