Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aswara Dinaik Taraf Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh...

PAS Pusat Nafi Kerjasama...

KUALA LUMPUR - PAS menafikan kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man...

Mahasiswa Kecewa Tiada Peruntukan...

KUANTAN - Belanjawan 2020 yang disifatkan 'semua orang gembira' oleh Perdana Menteri, Tun...

Bayi 17 Bulan Terkunci...

SEORANG bayi lelaki berusia 17 bulan berjaya diselamatkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)...

Empire State New York Dilimpahi Warna Hijau Sempena Aidilfitri

ANTARA bangunan ikonik bandar terkemuka di New York, iaitu Empire State disinari dengan lampu hijau bersempena perayaan Aidilfitri yang diraikan umat Islam, Jumaat lalu.

Ia meneruskan tradisi yang dilakukan semenjak beberapa tahun lalu dan kini telah menjadi lampu tahunan, petik kenyataan jurucakap bangunan itu kepada AFP.

Sememangnya, bangunan tersebut terkenal kerana sinaran lampunya pada perayaan-perayaan utama dunia, antaranya warna pastel untuk Easter, biru dan putih untuk Hanukkah dan merah dan hijau untuk Krismas.

h_51893229

Selain itu, ia turut sama menyokong beberapa peristiwa dan kempen seperti kemenangan piala dunia Wanita AS apabila menyalakan cahaya merah, putih dan biru, warna pelangi untuk minggu gay pride dan biru, putih serta ungu untuk Hari Lautan Sedunia.

Pada hari-hari kebiasaan, Empire State hanya dilimpahi cahaya putih.


Menurut pengurusannya, bangunan tersebut menerima ratusan permohonan pada setiap tahun untuk dinyalakan lampu bagi berbagai-bagai kempen serta peristiwa.

Walau bagaimanapun, ia tidak menerima permintaan untuk kempen politik, tokoh agama dan organisasi mahupun acara-acara peribadi.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Bangunan Empire State Dilimpahi Cahaya Hijau Sempena Aidilfitri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori