Emoji Menangis Kegembiraan Dipilih Word Of The Year 2015

JIKA tahun-tahun sebelum ini perkataan ‘alaf baru’ seperti selfie dan vape dipilih menjadi Word of the Year, tahun ini emotikon orang tersenyum sambil mengeluarkan air mata pula mengungguli kategori tersebut.

Perkara yang cukup mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan kamus baku bahasa Inggeris terkemuka dunia, Oxford Dictionaries, berpusat di Britain baru-baru ini.

Emoji tersebut menggambarkan perasaan gembira dalam keadaan terharu yang sering kali digunakan dalam aplikasi perbualan teks WhatsApp, laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Baca: Istilah Romantik Moden “Bae” Kini Dalam Kamus Oxford

Juga: Kamus Oxford Edisi Malaysia Ada Twitterati, Twitable, Twitheart

Lagi: Moyang Pemabuk Punca Dialek Inggeris Australia Pelat

Pemilihan ini dilakukan Oxford Dictionaries dengan kerjasama sebuah syarikat teknologi komunikasi global, SwiftKey yang mengukur kekerapan penggunaan emoji berkenaan di seluruh dunia.

Untuk makluman, emoji merupakan imej digital yang digunakan untuk menggambarkan perasaan dalam komunikasi secara elektronik dan asalnya diceduk menerusi daripada bahasa Jepun.

Ini kerana huruf ‘e’ bermaksud gambar manakala ‘moji’ pula membawa maksud karakter. – MYNEWSHUB.CC

Loading...