Duta Palestin, KJ Dan Fathul Bari Tak Setuju Boikot McDonald’s

Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Al Agha tidak bersetuju dengan tindakan boikot yang diambil oleh rakyat Malaysia ke atas McDonald’s kerana dilihat tidak membantu ekoran masih belum terbukti syarikat itu menyumbang kepada keganasan Zionis, Israel.

Benarlah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata bahawa tindakan memboikot cuma akan membuatkan kita yang rugi kerana tidak tahu secara pasti manakah syarikat yang benar-benar menyumbang kepada keganasan.

Bagi pendakwah muda, Dr. Fathul Bari pula menasihatkan kepada semua supaya sebelum melakukan sesuatu tindakan, tanganilah dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Siasatlah dahulu sesuatu isu dan kumpullah sebanyak mungkin fakta berkaitan sebelum melakukan tindakan yang boleh dikatakan sebagai sia-sia

Bagi mereka yang giat mempromosi kempen boikot McDonald’s, bukankah sekarang tindakan kamu ini sebagai tindakan yang menzalimi pihak yang tidak bersalah?

Paling tidak McDonald’s Malaysia terbukti membantu rakyat Malaysia walaupun mereka bukan wakil rakyat atau yb² yang meminta undi. Buktinya di sini: http://www.rmhc.org.my/

Soalan saya, apa tindakan kamu terhadap Mcdonald sekarang ?

a. Biarkan sahaja. Buat tak tahu.
b. Teruskan memboikot sebab saya ni bod*h
c. Berhenti kempen boikot Mcdonald.
d. Berhenti kempen boikot Mcdonald, minta maaf dan cuba membantu membersihkan nama Mcdonald supaya periuk nasi pekerja Islam kembali terjamin.

Tidak perlu komen. Simpan jawapan untuk diri kamu sendiri. Buktikan jawapan kamu dengan tindakan.

* Dr Maza tak berani kata KJ dan Duta Palestin sebagai Syaitan Israel ke? – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Artikel diterima daripada Laman Facebook Abu Aqif Studio.  

Loading...