Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sam (Bunkface) Sedia Kahwin...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya...

KP Turun Padang ‘Renew’...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali semalam merasai sendiri pengalaman...

Haram Guna UC Untuk...

Hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti (crates) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama kerana mempunyai elemen zero-sum game; iaitu bergantung kepada nasib (luck) semata-mata. Di samping itu, menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati.

Indigo, Bayi 10 Bulan...

Sekali pandang tiada siapa akan menyangka Indigo Nowakowsky-Kaiuha baru sahaja berusia 10 bulan....

Dugaaan Pada Wajah Bukan Penghalang Untuk Berjaya

ADA insan yang diuji dengan dugaan yang berat sehingga menyebabkan seseorang itu mungkin tidak terdaya bertahan, melainkan adanya sifat sabar dan iman yang kukuh.

Sebenarnya, ujian dan dugaan inilah yang membuatkan seseorang itu menjadi lebih matang dan kuat demi meneruskan kehidupan.

Kenali Rita Husni Mat Nordin, 39, seorang wanita yang sangat tabah dan mungkin boleh dijadikan contoh kepada semua.

Kekurangan yang terdapat pada wajahnya tidak sesekalipun menghadirkan rasa malu kepada dirinya yang menghidap penyakit Neurofibromatosis atau ketumbuhan di bahagian muka.

KOTA BHARU 18 October 2015. ( KBB550P / KBM275P ) Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Rita Husni Mat Nordin,39 tidak pernah malu dengan keadaan diri dan kekurangan ini memberi kelebihan kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja supaya bersyukur dan berusaha untuk berjaya ketika ditemui di Minggu Wisma Persekutuan Bersama Pelanggan di Wisma Persekutuan, Kota Bharu. STR/Nik Abdullah Nik Omar
Rita Husni Mat Nordin,39 tidak pernah malu dengan keadaan diri dan kekurangan yang diterimanya.

Neurofibroma adalah bonjolan seperti daging yang lembut, yang berasal daripada jaringan saraf.

Hampir kesemua bahagian wajahnya ditumbuhi bonjolan dan dilaporkan, Rita pernah melakukan pembedahan untuk membuang beberapa bonjolan namun perkara tersebut telah membuatkan lebih banyak bonjolan tumbuh.

Memetik laporan Harian Metro, beliau yang merupakan Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan berkata, dia tidak pernah menganggap ini satu kekurangan, sebaliknya ia adalah kelebihan buatnya.

“Saya tidak pernah malu dengan keadaan diri, malah kekurangan ini beri kelebihan kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja supaya bersyukur dan berusaha untuk berjaya,” kata Rita.


akak baik2
Puan Rita Husni ketika mengadakan taklimat di Kemaman.

Wanita berkejaya ini yang juga merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia enam tahun itu berkata, pekerjaannya memerlukan dia berjumpa dengan ratusan orang setiap hari, namun dia tidak pernah merasa rendah diri.

“Kebanyakan orang yang menemuinya buat pertama kali akan berasa pelik dan bertanya, namun saya sudah lali dengan pelbagai pertanyaan dan tidak lokek memberi penerangan kepada sesiapa saja sehingga mereka faham.

“Kekurangan ini juga turut memberi rezeki kepada saya apabila mendapat pekerjaan yang baik dalam jabatan kerajaan sejak lapan tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui di Wisma Persekutuan di sini, semalam.

Rita Husni berkata, dia mula menghidap penyakit itu sejak berusia empat tahun.-Mynewshub.cc

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori