Dugaaan Buat Para Sukarelawan Banjir, Kami Salute!

“Simpan handphone dan turun sendiri bantu mangsa banjir, rasa sendiri macam mana pasukan keselamatan tidak tidur malam bantu mereka”. Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bak kata Tan Sri Muhyiddin, inilah antara dugaan yang terpaksa dihadapi oleh sukarelawan dalam misi menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir.

Menurut sumber, para sukarelawan ini merupakan NGO daripada Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Bagi yang tidak mengenali NGO ini, mereka merupakan badan amal yang telah banyak membantu saudara-saudara Islam kita di Gaza, Rohingya dan beberapa negara lain.

Melalui pengamatan kami, para sukarelawan ini terpaksa berpaut di dahan pokok akibat arus deras banjir yang telah menghanyutkan bot penyelamat mereka, fuh!

Kami di Mynewshub Salute dengan para sukarelawan ini dan mendoakan keselamatan mereka supaya dipermudahkan segala kerja-kerja bantuan kepada mangsa banjir, Insya Allah.

Oleh: hzqahmd

Loading...