Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akhirnya Mahathir Tolak LGBT

AKHIRNYA setelah lima bulan berkuasa semula barulah Perdana Menteri bersuara tentang LGBT. Tiada tempat...

PM Di Riyadh Hadiri...

RIYADH - Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini bagi memulakan lawatan...

PAN, PSM Bertelagah Isu...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) bukan hanya disingkir daripada Pakatan Rakyat...

AKSEM Kedah Rampas Mercun...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah menahan seorang pemandu...

Dua Kongsi Gelap Bergabung, Polis P Pinang Akan Bertindak

Polis Pulau Pinang kini memperhebatkan gerakan memburu dua kumpulan kongsi gelap terbesar di negeri itu, tambahan mendapat maklumat kedua-duanya sudah bergabung untuk melakukan lebih banyak jenayah.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi  berkata, kumpulan itu iaitu Siu Sam Ong dan kumpulan 24 sudah pun bergabung menjadi satu.

“Mereka telah pun bergabung dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

“Menurut hasil risikan kita, Siu Sam Ong dan 24 kini mencetuskan pelbagai masalah di sekitar Pulau Pinang.

“Saya beri amaran kepada kumpulan ini, jangan cuba mencetuskan masalah di dalam negeri,” kata Abdul Rahim.

Selain itu, Abdul Rahim berkata sejak Ops Cantas dilaksanakan pada Ogos tahun lepas, Polis Pulau Pinang telah berjaya menahan kira-kira 6,334 orang dari keseluruhan 30,112 individu yang diperiksa.

[BACA12 Geng Kongsi Gelap Aktif Di Pulau Pinang]

“Kami sudah membuat tapisan individu dari pelbagai kaum dan juga tidak hanya memilih kumpulan kongsi gelap dan penjenayah tertentu sahaja,” katanya.


Menurut beliau, daripada kesemua yang ditahan, 438 dipercayai anggota kongsi gelap dan 58 orang lagi sedang disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959

“Selain penahanan, sejumlah 18 pucuk senjata api dan 920 butir peluru dirampas bersama dengan 115 buah kenderaan,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk A Thaiveegan.

Polis Pulau Pinang, telah merekodkan kira-kira 8,000 kumpulan kongsi gelap wujud di negeri itu juga memperhebatkan gerakan memantau pergerakan kumpulan seperti Wah Kee, Pneh, Ang Kim Leong, Double 7, 08 dan 04.

Kebanyakan dari kumpulan itu diketahui mengambil ‘wang perlindungan’ dan menjalankan aktiviti pengedaran dadah serta jenayah lain. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori