Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala AFF: Vietnam Belum...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Vietnam, Toshiya Miura anggap kemenangan tipis ke...

Ibu “Menyusu Anak” Berang,...

KECOH jadinya laman sosial sehari dua ini tentang isu segelintir ibu muda 'belanja' gambar...

Malaysia Tanding Piala Dunia...

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima jemputan pada saat akhir oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa...

TN50: Kenal Pasti Bidang...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu mengenal...

Dituduh Mencuri, Anak Yatim Piatu Mati Dipukul Di Pulau Pinang

BETUL-BETUL tak berhati perut!

Hanya kerana dituduh mencuri sesuatu daripada majikannya, seorang remaja telah dipukul sehingga mati.

Mayat individu tersebut yang berusia 16 tahun ditemui dengan kesam lebam dan berbirat di seluruh tubuh, dipercayai akibat dibelasah di sebuah premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon, malam tadi (Rabu).

Apa yang menghibakan, remaja malang itu, Muneeswaran, merupakan seorang anak yatim piatu.

[BACA INI JUGA: Mahkamah: Pesakit Mental Didakwa Bunuh Ibu]

Menurut Datuk Mazlan Kesah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, pihak polis kini sedang menyiasat tempoh remaja itu telah bekerja di premis tersebut kerana mangsa masih berada di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.


Memetik kenyataannya di portal The Rakyat Post, “Polis percaya lebih dari dua suspek terlibat dan kami turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.”

Susulan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan. -MYNEWSHUB.CC

Lagu Nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Tentang Anak-Anak Yatim

https://www.youtube.com/watch?v=JEHdLRQwwN4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori