Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kabinet Putuskan BNM Kekal...

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia...

Sate Buaya Kini Popular...

APABILA sebut sahaja China, umum mengetahui rakyat negara itu cukup gemar menjamah makanan pelik...

Gara-Gara Terlajak ‘Towing’ Dua...

Kami percaya di mana-mana lapangan terbang pun tentu berlaku kemalangan kecil yang disebabkan...

Rumah Di Desa Mentari...

PETALING JAYA: Empat sekeluarga warga Indonesia berdepan detik cemas apabila sebuah bilik di...

Digigit ‘Raja’ Nyamuk, Muka Lelaki Bengkak Macam Belon

WAJAH seorang lelaki di China didakwa bertukar seperti belon selepas digigit oleh seekor ‘raja’ nyamuk di tempat kerjanya.

Menurut laporan media tempatan, muka lelaki yang dikenali sebagai Zhang, 30, sudah membengkak selama 2 bulan sehingga dia tidak boleh membuka matanya.

Zhang yang berasal dari Jiangsu mendakwa digigit nyamuk bersaiz 20 kali ganda daripada biasa pada 26 Mei lalu dan dia telah mencubit bahagian digigit tersebut untuk menghilangkan gatal.

Namun, kesannya telah mengakibatkan bahagian mukanya mengembung seperti belon.

Dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor tidak dapat mengubatinya. Zhang disahkan menghidap neonatal scleroderma yang menyebabkan permukaan mukanya mengeras dan menebal.


wm5

Walau bagaimanapun selepas menjalani ujian darah, doktor mendapati organ dalaman serta tubuh badan lelaki tersebut berada dalam keadaan stabil dan percaya gigitan nyamuk itu yang menyebabkan tindak balas sedemikian berlaku.

Doktor menasihati Zhang untuk menekap mukanya dengan benda sejuk untuk mengurangkan bengkak yang terhasil. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=NEbplX7eQzc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori