Demi Politik, Ayat Al-Quran Sanggup Disalah Tafsir Ikut Hati

Dalam era politik masa kini, segelintir pihak mencuba pelbagai cara untuk menarik sokongan orang ramai hingga sanggup membuat tafsiran salah kepada ayat-ayat suci Al-Quran.

Ada sekumpulan manusia yang berpayungkan perjuangan pembangkang dikesan membuat tafsiran salah melibatkan Surah Al-Kaafiruun yang menjurus kepada perbezaan orang Islam dan orang Kafir diterjemahkan mengikut fahaman politik dari segi parti dan perjuangan.

[BACA – VIDEO : Ustaz Kazim!! 4,000 Orang Di SMK Geting, Pengkalan Kubor]

Surah dengan enam ayat itu menjelaskan tentang tekad umat Islam untuk tidak mengikut apa yang disembah oleh orang kafir dan tidak mengikut apa yang dipercayai oleh mereka.

Al-Kafiruun

Laman sosial Facebook menjadi medan penyebaran tafsiran salah ini, dengan menjurus perbezaan antara ahli bukan UMNO dan ahli UMNO.

Menurut laman Facebook yang jelas tidak berpihak kepada UMNO itu :-

“Katakanlah wahai kaum Muslimin!!

“Hai orang-orang UMNO! Kami tidak akan menyokong dasar yang kamu dokong dan kamu tidak mahu sokong dasar Islam yang kami dokong.. dan kami tidak akan bersubahat atas apa yang kamu buat.. dan kamu pula tidak mahu laksanakan atas apa yang Islam perintahkan.. Bagi kamu jalan kamu dan bagi kami jalan kami,” menurut laman Facebook itu.

PembangkangTafsir

Perbuatan keji ini jelas menghina ayat Al-Quran yang sebenarnya menjelaskan tentang perbezaan fahaman AGAMA dan bukan fahaman POLITIK dalam kalangan umat Islam.

Tuduhan bahawa UMNO tidak menyokong Islam seperti didakwa dalam posting berkenaan juga memperlihatkan fitnah apabila UMNO memberikan perhatian kepada agama Islam begitu utama sesuai dengan keadaannya di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Agama Persekutuan.

Peruntukan agama Islam di dalam Perlembagaan membolehkan kerajaan menguruskan pembangunan dan hal ehwal Islam secara langsung melalui kerajaan, bukan seperti negara-negara lain yang tidak meletakkan agama dalam perlembagaan mereka.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu forum di Pengkalan Kubor, Kelantan pada 20 September lepas berkata peruntukan itu membolehkan Malaysia melakukan apa yang diperlukan berkaitan Islam dengan menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri-negeri di seluruh negara.

Dr Asyraf mengambil contoh negara Turki, yang biarpun majoriti penduduknya beragama Islam tetapi di dalam Perlembagaan Turki tiada peruntukan agama hinggakan satu masa dahulu Turki diisytiharkan di dalam Perlembagaannya sebagai negara sekular.

Menurut beliau, negara sekular bermaksud kerajaan dan Islam tidak diletakkan di dalam satu sistem pentadbiran tetapi diasingkan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Loading...